suria

Pelakon Tamil Sivakumar dan ibu ditemukan maut selepas jatuh kondo

Sivakumar dan ibu ditemukan meninggal dunia.

PELAKON dan penyanyi Tamil tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sivakumar, 48, dan ibunya yang berusia 76 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassa, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 12.35 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Terbaik FFM27 Frankie Lee meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Indonesia Titiek Puspa meninggal dunia

"Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat dan setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan," katanya seperti dilapor The Star.

Untuk info, Sivakumar dikenali melalui program realiti nyanyian Astro Paadal Thiran dan pernah menjadi pengacara di Astro Go Shop.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain