SALING berbalas kenyataan di media sosial, isu melibatkan usahawan Datin Seri Nur Shahida dan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang hangat diperkatakan netizen.
Biarpun mereka kini sudah mempunyai ikatan keluarga, namun bagi Shahida tiada keperluan untuk dia duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Sebaliknya, dia mengambil pendekatan agar tidak memanjangkan isu antara mereka.
Shahida sebelum ini memuat naik satu hantaran video mencerita sejarah hidupnya.
“Tidak keperluan!” jawabnya ringkas apabila ditanya mengenai usaha untuk berbaik dengan Rebecca.
Dalam pada itu, Shahida memberitahu apa yang diperkatakan oleh pelakon berkenaan sebelum ini tidak sepatutnya dikongsi di sosial media.
Lantang membalas kenyataan berkenaan, Shahida akui ketika itu timbul rasa kurang senang sehingga dia berani bersuara.
ARTIKEL BERKAITAN: Shahida istimewa di hati Bonda Rozita, bukan sekadar menantu tapi sahabat tempat luah perasaan
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ditegur abang, Rebecca Nur Al Islam padam semua hantaran mengenai keluarga
Tambahnya, Rebecca seolah-olah membuka ruang buat orang ramai terus bercakap buruk tentang keluarga mereka.
“Dia sepatutnya tahu perkara itu tidak perlu dikongsi di sosial media. Saya bercakap kerana ia menimbulkan rasa kurang senang.
“Dia seolah-olah menggalakkan orang bercakap buruk tentang keluarga,” ujarnya.
Ketegangan di antara mereka timbul apabila Rebecca tampil menerusi sebuah video menjawab tuduhan dia kononnya cuba menumpang populariti di atas perkahwinan abangnya dengan Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita yang juga ibu mentua Shahida.
Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida dan menggelarnya sebagai bodoh.
Isu keluarga Bonda Rozita (kiri) hangat diperkatakan di media sosial.
Membalas kembali kenyataan tersebut, Shahida memuat naik satu hantaran video mencerita sejarah hidupnya.
Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video sebagai menjawab beberapa kenyataan Rebecca memintanya bersyukur dengan kehidupan mewahnya sekarang.
Selain menafikan dia menumpang kekayaan dan populariti suami, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibu mentuanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!