PENYANYI Zulhadi meluahkan rasa syukur apabila masalah kewangan dan keluarga yang dihidapi sebelum ini sudah semakin baik.
Zulhadi atau Zulhadi Mad Rakman, 23, memberitahu dia juga sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang selain mengambil upah menjadi jurulatih pasukan bola tampar.
Dua pekerjaan itu kata Zulhadi banyak membantunya meneruskan kelangsungan hidup namun terpaksa mengorbankan kerjaya seni.
Selain menyanyi ZUlhadi melakukan dua pekerjaan lain untuk tambah pendapatan.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah ada kerja tetap di sebuah kilang di bahagian kewangan dan hubungan dengan keluarga pun sudah kembali jernih.
“Menyanyi pula saya sudah tak fokus sebab sebelah malam pula saya ambil upah melatih pasukan bola tampar untuk pelajar sekolah,” katanya kepada mStar.
Zulhadi berkongsi perkara itu ketika ditemui hadir ke rumah terbuka Awal Muzik di Awal Enterprise, Bangi, Selangor pada Ahad.
Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Zulhadi mengakui ada dalam kalangan rakan-rakannya memerli pekerjaannya di kilang.
ARTIKEL BERKAITAN: Zulhadi harap ada keajaiban, undur diri kalau lagu baharu gagal pikat hati pendengar
ARTIKEL BERKAITAN: Zulhadi hilangkan diri kerana masalah kewangan dan keluarga, tertekan sampai tak mahu jawab panggilan telefon
Pun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangatnya sebaliknya kata-kata dilemparkan adalah pembakar semangat buatnya.
Tambah Zulhadi, dia perlu melakukan pekerjaan lain memandangkan karier sebagai penyanyi belum menampakkan hasil buatnya.
“Ada kawan perli kata tak malu ke kerja dekat kilang sebab saya ini artis, ada rasa sedih tapi ia menjadi motivasi buat saya untuk terus berusaha sehingga berjaya.
“Saya balas pada mereka yang saya ni hanya manusia biasa dan takkan hendak menunggu duit jatuh ke riba.
Ada kawan perli kata tak malu ke kerja dekat kilang sebab saya ini artis, ada rasa sedih tapi ia menjadi motivasi buat saya untuk terus berusaha sehingga berjaya.
ZULHADI
PENYANYI
“Jadi sebab itu saya cari kerja tetap untuk bantu kewangan saya setiap bulan.
“Saya tak layak bergelar artis sebab pokai (tiada duit),” ujarnya.
Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Zulhadi meluahkan hasrat mengundur diri daripada bidang nyanyian jika single berjudul Kekasih Belum Jelas tidak mendapat tempat di hati pendengar.
Zulhadi tak malu kerja di kilang.
Bagaimanapun Zulhadi memberitahu ketika itu dia tidak berfikir panjang dan terlalu ikut emosi semasa berkata-kata.
“Memang dulu ada niat nak berhenti menyanyi jika lagu yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan.
“Tapi bila fikir balik mungkin waktu saya cakap itu tidak berfikir masak-masak dan terlalu ikut emosi,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!