GARA-GARA kerap berkongsi kemesraan di media sosial, personaliti media sosial Ameera Khan menerima soalan kurang menyenangkan mengenai hubungannya bersama kekasih yang juga merupakan pelakon berasal dari Indonesia iaitu Jefri Nichol.
Antara soalan yang membangkitkan rasa bengang Ameera, 25, ialah apabila dia ditanya sama ada pernah tidur bersama Jefri, 26, sepanjang mereka menjalinkan hubungan itu.
Berang dengan soalan berkenaan, Ameera dilihat membalas komen itu secara sindirian.
Ameera sering berkongsi kemesraan bersama Jefri di Instagram.
“Sleep call setiap malam tak tidur pun, selalu call memang tak pernah putus.
“Kak dah tua ni janganlah tanya soalan macam budak yang tiada otak ya,” kongsinya di Instastory.
Dalam pada itu, Ameera menyifatkan Jefri sebagai calon suami yang terbaik kerana lelaki itu dilihat sebagai seorang pelindung.
Malah sepanjang menjalinkan hubungan itu, Ameera merasakan hidupnya lebih bermakna dan dihargai.
ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bersama sudah tiada, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah nasihat Ameera isu tayang kemesraan dengan Jefri Nichol, Neelofa anggap tak perlu ‘canang’ teguran kepada umum
“Buat saya dia begitu sempurna dan melayan saya dengan baik. Jefri tak pernah halang untuk saya jadi diri sendiri, buatkan saya rasa selesa dan selamat apabila bersamanya.
"Jefri juga utamakan saya dalam pelbagai hal dan sangat memahami. Jefri merupakan lelaki yang sangat saya hargai, selalu ada untuk sokong dan bangga dengan apa yang saya lakukan.
“Dia juga selalu mempertahankan saya dan tunjuk bahawa dia sangat perlukan saya. Perkara ni buatkan saya rasa lebih bermakna,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ameera pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Jefri sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.
Ameera menjawab pertanyaan netizen di Instastory miliknya.
Bagaimanapun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan mereka di media sosial.
Malah hubungan Ameera dan Jefri menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dilihat mencacah tatu berbentuk akronim ‘AK’ pada jari manisnya.
Ameera juga pernah berkongsi tangkap layar panggilan WhatsApp bersama kekasihnya itu yang berlangsung lebih 12 jam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!