suria

Konsert keluarga pertama di Malaysia… Anuar, Ziana Zain, Ernie dan Syamel realisasikan impian peminat

Tiket konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 mula dijual sejak 25 April lalu.

EMPAT penyanyi hebat tanah air iaitu Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal mengadakan konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 yang akan berlangsung di Mega Star Arena pada 18 Oktober depan.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 57, berkata konsert ini amat istimewa buat dirinya kerana ia menghimpunkan dua generasi yang mempunyai pertalian kekeluargaan.

Menurutnya konsert berkenaan diadakan bagi memenuhi pemintaa peminat yang sudah lama menantikan gabungan ini.

Peminat menyambut baik konsert  Empat Live In Kuala Lumpur 2025.

"Idea ini tercetus selepas mendapat pertanyaan daripada peminat. Saya minat mereka berdoa mana tahu tercapai dan tidak sangka Allah makbulkan tahun ini.

"Konsert ini lebih istimewa sebab ramai nak tengok dua generasi di satu pentas. Dalam konsert ada Pak Ngah dan Mak Long dia termasuk anak buah dua orang.

"Saya harap peminat akan berseronok pada malam itu nanti," katanya kepada mStar.

Konsert ini juga merupakan kolaborasi julung kali di antara Ziana dan Anuar bersama anak saudara mereka iaitu Ernie dan suaminya, Syamel.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain hiburkan lebih 5,000 peminat, sempat ‘video call’ bapa semasa konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu Anuar Zain hilang suara, pakai nebulizer sepanjang konsert demi 8,000 peminat

Menurut Ziana, dia tidak pernah menjangkakan konsert ini akhirnya menjadi kenyataan selepas lama merancang.

Apa yang membuatkan ia terlaksana apabila Anuar begitu tekad mahu merealisasikan impian tersebut demi memuaskan hati peminat.

"Saya tak pernah jangka kerana tidak nampak modalnya tapi kebetulan Anuar dapat soalan yang sama.

"Sebab dia sudah senior kepada saya, jadi dia merancang kerana mahu lakukan untuk peminat.

Pelbagai kejuatan untuk peminat Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel.

"Bila ada genarasi baru kenapa tidak gabungkan satu pentas bersama-sama dengan aura masing-masing," ujarnya.

Tidak menjanjikan bulan dan bintang, Ziana memberitahu segalanya masih lagi dalam perancangan namun dia berharap kejutan yang dilakukan pada malam itu menghiburkan penonton.

"Pada malam itu nanti akan lihat empat orang menyanyi dengan cara tersendiri. Sekarang ini dalam fasa memilih lagu tapi tengok malam itu siapa akan duet dengan siapa pastinya penuh dengan kejutan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain