suria

Pertama kali berjauhan dengan suami, Amyra Rosli sebak lepaskan Amar Baharin sertai misi kayuhan ke Makkah

Amyra cuba terlihat tenang melepaskan suaminya mengikuti misi berbasikal.

PELAKON Amyra Rosli tidak dapat menahan sebak mengenangkan pertama kalinya bakal berjauhan dengan suami tercinta iaitu Amar Baharin yang akan memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah pada Ahad.

Amyra atau atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, berkata emosinya sedikit terganggu kerana ingin melepaskan suami berbasikal bersama rakan-rakannya.

"Saya mungkin tak secekal isteri-isteri yang lain kerana ini adalah pertama kali saya akan berjauhan dengan suami untuk tempoh yang lama. 

Amar tenangkan Amyra yang terlihat sebak.

"Saya tidak patut berucap sekarang ini kerana emosi saya sedikit bercelaru," katanya menerusi satu video yang tular di TikTok.

Dalam video berkenaan, Amar dilihat cuba menenangkan Amyra yang sedang menahan rasa sedih.

Pun begitu, Amyra turut berharap misi suami dan rakan-rakannya ke Tanah Suci Makkah dipermudahkan serta dapat tiba dengan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli menangis kenang misi berbasikal Amar Baharin, tiba-tiba rasa tak kuat

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal 8,000 kilometer ke Makkah, isteri dan anak-anak tunggu Amar Baharin di Tanah Suci

"Apa pun saya mendoakan suami dan rakannya dalam misi ini sebagai musafir agar mereka sentiasa dilindungi-Nya.

"Sama-sama kita semua doakan mereka, semoga Allah lindung mereka bermula hari bertolak sampai ke destinasi yang ingin dituju," kongsinya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Amar memberitahu hampir hilang semangat meneruskan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah yang dirancang sejak tahun lalu. 

Amar, 40, bagaimanapun memberitahu kata-kata isterinya menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan misi kayuhan sejauh 8,000 kilometer bermula 28 April ini. 

Amar dan Amyra miliki dua cahaya mata bersama iaitu Aqeef Anaqi, 7 serta Ayra Aryssa, 4 tahun.

Misi berkenaan turut disertai oleh rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin. 

Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa buah negara lain seperti Thailand, India, Pakistan dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Duo itu dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain