PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyambut baik pembukaan Idea Live Arena yang dianggap mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi budaya dan pelancongan bertaraf global.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata pembukaan ruang konsert terbaharu ini juga menyahut cabaran inisiatif terbaharu iaitu Insentif Konsert dan Acara di Malaysia (CEMI) yang diperkenalkan Kementerian Komunikasi baru-baru ini.
Katanya, fasiliti sedemikian dapat membantu pembangunan industri kreatif negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan hiburan serantau.
Azmir Saifuddin Mutalib (kanan) dan Tan Mei Phing (tengah) di majlis pelancaran Idea Live Arena.
"Lokasi terbaharu ini boleh dianggap sebagai lokasi terbesar di dalam pusat beli belah Malaysia.
"Seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada minggu lalu mengenai inisiatif CEMI agar dapat menarik acara konsert di Malaysia sekali gus membantu artis tempatan," katanya kepada mStar.
Azmir ditemui di majlis pelancaran Idea Live Arena yang terletak di pusat beli belah 3 Damasara, Petaling Jaya, Selangor pada petang Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Finas salur bantuan wang tunai, cari rumah baharu buat Charlie Nu'man dan 6 orang anak
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan taja buka akaun i-Saraan KWSP kepada 1,000 penggiat seni
Pelancaran tersebut turut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Tan Mei Phing.
Jelas Azmir, lokasi yang memuatkan 7,000 penonton ini juga dikatakan sudah menerima tempahan daripada penganjur acara sehingga hujung tahun sekaligus membuktikan industri kreatif sedang berkembang dengan baik.
"Seperti mana kita menggalakkan penonton menonton filem di wayang sama juga dengan industri muzik, kita mahu penonton menikmati muzik di lokasi yang kondusif.
"Walaupun hari ini adalah hari pelancaran namun tempahan sudah penuh sehingga hujung tahun," kongsinya.
Sheila Majid artis pertama menyanyi di Idea Live Arena.
Idea Live Arena dilengkapi dengan audio, pencahayaan, visual bertaraf dunia dan direka untuk menjadi destinasi utama bagi penganjuran konsert, persembahan langsung serta acara berskala besar.
Lokasi ini juga menyediakan kemudahan eksklusif seperti ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis serba lengkap serta lima kotak VIP mewah.
Majlis pelancaran ini juga turut diserikan dengan persembahan Datuk Sheila Majid menyampaikan lagu Warna, Legenda dan Sinaran.
Persembahan tersebut membuktikan kelebihan sistem akustik dan visual yang dimiliki arena itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!