suria

6 peserta ‘Big Stage Alpha’ balik awal, gagal mara pusingan ‘The Big 12’

Syafeek Ikhwan (kiri) dan Suff Ahmed antara perserta tersingkir di minggu pertama.

ENAM peserta Big Stage Alpha tidak layak meneruskan saingan selepas tersingkir di minggu pertama yang berlangsung pada malam Ahad. 

Bersiaran dari Royal Theatre Shah Alam, Selangor, enam peserta yang gagal menambat hati juri adalah Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman. 

Minggu pertama ini menyaksikan 18 peserta membuat persembahan secara berkumpulan namun hanya 12 penyanyi dipilih untuk mara ke peringkat 'The Big 12'.

Alif Azri (kiri) dan Apich Lo (kanan) tersingkir manakala Ashmirul (tengah) terselamat.

Alif Azri (kiri) dan Apich Lo (kanan) tersingkir manakala Ashmirul (tengah) terselamat.

Menurut juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, peserta yang dipilih ke peringkat seterusnya perlulah memenuhi kriteria bersesuaian untuk mencari keserasian bagi sebuah kumpulan. 

Malah Syafinaz turut memberikan semangat buat peserta tersingkir agar tidak berputus asa kerana masih ada peluang untuk mereka meraih kejayaan di luar sana. 

"Apabila kita (juri) ingin pilih kumpulan, kita kena berhati-hati kerana ia bukan dinilai daripada segi vokal tetapi skill yang lain juga. 

"Selain itu kita juga ingin pastikan mereka (peserta) sesuai bersama kerana sesebuah kumpulan itu perlukan keseimbangan. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan tak segan jadi peserta ‘Big Stage Alpha’ paling tua, bersaing dengan Gen Z

"Jangan takut kalau tak berjaya disini anda akan berjaya di luar sana," katanya. 

12 peserta lain yang berjaya meneruskan saingan di peringkat seterusnya ialah Ray D, Awienit, Aeril Fesol, Que, Araff dan Qarl G. 

Selain itu, Afiq Sky, Ashmirul, Daniel Sher, Rizal Rasid, Izat Ibrahim dan Allan Andersn. 

Untuk saingan minggu kedua, peserta dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Alpha Ultra dan Alpha Prime. 

Ridhwan (tengah) dan Shaqeen (kanan) turut menjadi peserta yang tersingkir manakala terselamat.

Ridhwan (tengah) dan Shaqeen (kanan) turut menjadi peserta yang tersingkir manakala Allan Andersn terselamat.

Alpha Ultra dianggotai oleh Dani, Allan , Ray D, Araff, Que dan Awienit. 

Manakala Alpha Prime dianggotai oleh Ashmirul, Afiq, Rizal, Izat dan Rizal.

Program hiburan Big Stage buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro. 

Kesemua peserta akan diuji setiap minggu menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema diberi. 

Daniel Sher, Rizal Rasid dan Izat Ibrahim terselamat.

Daniel Sher, Rizal Rasid dan Izat Ibrahim antara peserta terselamat.

Markah akan diberikan juri tetap namun undian peminat akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir. 

Selain Syafinaz, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi Hael Hussaini dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap. 

Manakala penyanyi Indonesia, Kris Dayanti menjadi juri jemputan untuk persembahan minggu pertama. 

Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain