ENGGAN menyambung pengajian mengikut kehendak ibu bapa, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan pernah memohon jurusan akademik tanpa pengetahuan keluarga.
Kata Leona, 23, sebelum ini ibu bapanya mahu dia menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang, namun kerana enggan membazir masa melakukan perkara yang tidak diminati, dia nekad memilih kursus pengurusan tanpa pengetahuan mereka.
“Ibu bapa saya sebelum ini mahu saya mengambil jurusan undang-undang dan menentang sebarang kursus lain.
Leona enggan mengambil jurusan mengikut kehendak ibu bapa.
“Tapi saya secara rahsia memohon jurusan pengurusan kerana tidak mahu melakukan perkara yang saya tidak suka untuk tiga tahun.
“Penting untuk kita tahu apa kursus apa yang kita akan belajar kerana menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tidak mudah,” katanya.
Leona berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Cekap memasak dan kemas rumah, tindakan Azhar Sulaiman hantar Leona belajar di UK tepat
ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja, harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK
Dalam pada itu, Leona menasihatkan orang ramai khususnya pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi memilih jurusan mengikut minat mereka.
“Pertama sekali pilih jurusan degree mengikut apa yang kamu minat. Kalau masih belum tahu tak mengapa.
“Saya banyak melakukan ujian personaliti dan bertanya kepada ramai orang tentang karier apa yang sesuai dengan diri saya.
Leona sebelum ini nekad memilih kursus pengurusan tanpa pengetahuan keluarga.
“Jangan pilih jurusan mengikut permintaan ibu bapa kamu,” ujarnya.
Pada September 2022, Leona menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di University of Bath, United Kingdom.
Menerusi temu bual bersama mStar, bapa Leona iaitu Azhar meletakkan harapan agar anak gadisnya itu mengambil peluang untuk berubah menjadi individu lebih baik sepanjang hidup berjauhan dengan keluarga.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!