PENYANYI Ayu Damit meletakkan sasaran memperlahankan kerjaya seni dan memberi fokus sebagai tenaga pengajar ketika usianya 45 tahun.
Ayu atau Norayu Damit, 35, bagaimanapun berkata dia tidak mungkin akan terus meninggalkan kerjaya nyanyian dan terbuka untuk menerima undangan sekiranya masih ada.
"Selepas usia 45 tahun itu saya mahu kehidupan yang lebih tenang. Meneruskan perniagaan dan mahu jadi tenaga pengajar. Tak mungkin saya akan terus menyanyi sampai usia tua.
Ayu harap impian bergelar pensyarah tercapai.
"Saya ada sasaran dalam hidup. Tetapi bukanlah bermakna nak tamatkan kerjaya seni. Jika ada peluang menyanyi saya masih terbuka," katanya.
Tambah Ayu dia berhasrat menyambung pengajian peringkat sarjana selepas mengenggam ijazah beberapa tahun lagi.
Malah dia kini merupakan penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam dalam bidang seni kreatif.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Ayu Damit masuk ular, beri petanda tak baik motosikal suami pula hilang
ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Damit nasihat peserta OIAM siap sedia mental hadap netizen, kena jaga penampilan jangan selekeh
Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga turut memasang impian untuk bergelar Doktor Falsafah suatu masa nanti.
"Untuk jadi tenaga pengajar sekurang-kurangnya perlu ada sarjana. Jadi habis ijazah saya akan terus sambung belajar. Untuk doktor falsafah pula kena lihat pada keadaan.
"Mungkin selepas ini saya boleh bergelar Dr. Ayu," luahnya.
Ayu kini dalam usaha mendapatkan ijazah.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal bergandingan dengan penyanyi Datin Alyah dan Idayu dalam persembahan An Evening To Remember yang akan berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun nanti.
Teruja berkongsi pantas, Ayu mudah memberi kata setuju apabila diajak menjayakan projek berkenaan.
"Rasanya perancangan dibuat sejak beberapa bulan lalu. Syukur segala urusan kami dipermudahkan. Saya anggap ini peluang untuk kongsi pentas bersama penyanyi hebat," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!