SERING dijodohkan oleh peminat dengan rakan duet wanita, penyanyi Hael Husaini sama sekali tidak berasa rimas dengan usikan berkenaan.
Menganggap ia sebagai salah satu bentuk promosi, Hael atau Hal Husaini Razmi, 38, berkata dia sentiasa bersikap profesional ketika bekerja.
Hael tidak kisah sering diusik peminat hal cinta.
"Tak pernah rimas, saya anggap ia sebagai satu promosi untuk lagu itu sendiri.
"Saya bersikap profesional begitu juga dengan rakan duet dan bagi kami tak perlu ada perasaan yang lebih bila bekerja.
"Jadi saya dan rakan duet saya sebelum ini memang anggap perkara dikenenkan ini sebagai satu promosi lagu sahaja," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikenenkan peminat, Nadeera anggap Hael Husaini macam abang
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan upah ‘bodyguard’, Hael Husaini cuma ada pemandu peribadi
Dalam hal itu, Hael berkata dia tidak mampu mengawal imaginasi peminat yang berharap hubungan itu menjadi realiti.
"Peminat ada imaginasi mereka sendiri dan perkara itu tidak boleh dihentikan.
"Bila mereka rasa suka dan gembira, sebagai artis kita turut gembira buat mereka.
Nadeera dan Dayang antara rakan duet wanita yang dikenenkan peminat buat Hael.
"Tapi apa yang berlaku di luar konteks itu terpulang pada penyanyi itu sendiri," ujarnya
Sebelum ini, Hael pernah diusik dengan rakan duet wanita seperti Dayang Nurfaizah dan Nadeera.
Bagaimanapun Hael menjelaskan hubungannya bersama mereka hanyalah sekadar rakan baik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!