suria

Lelaki sebaya bapa mahu jadikan isteri ketiga, Amy Nur Tinie tolak tak pandang harta

Tinie enggan pilih jalan mudah untuk hidup senang.

MEMILIKI rupa paras menawan menyebabkan pelakon Amy Nur Tinie sering didekati lelaki miang.

Malah Tinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, berkata dia pernah berdepan situasi di mana seorang usahawan menyatakan hasrat mahu menjadikannya isteri ketiga.

Enggan mengambil jalan mudah untuk hidup senang, Tinie memberitahu dia mempunyai pendirian dan bukan seorang wanita yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.

"Sebelum berlakon saya aktif mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik di luar negara. Perbelanjaan agak besar untuk menyertai pertandingan jadi perlu meminta tajaan syarikat korporat atau jenama bagi membantu daripada segi kewangan.

Ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kerja keras Tinie.

"Ada seorang lelaki bergelar Datuk mahu menaja dengan syarat menjadi isteri ketiganya. Dia juga tawarkan kesenangan seperti rumah. Lelaki itu sebaya bapa saya.

"Jika jenis yang gelap mata nampak duit saja mungkin akan terimalah tawaran itu. Saya tidak sanggup, saya rela kerja siang malam demi rezeki yang halal," katanya.

Tinie yang pernah menjadi juara Miss Eco International 2019 kini semakin aktif dalam dunia lakonan dan bakatnya terus mendapat perhatian ramai produser.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bikini Amy Nur Tinie bikin kecoh, rupanya ‘throwback’ ketika pertandingan ratu cantik di Mesir 

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres jaja cerita buruk, Amy Nur Tinie tak teragak-agak dedah namanya

Mula jatuh cinta terhadap dunia lakonan, dia juga berharap diberi lebih banyak cabaran menggalas pelbagai watak bagi membuktikan kemampuan diri.

"Saya mahu tinggalkan imej ratu cantik, saya mahu orang nampak saya sebagai pelakon yang versatil bukan sekadar cantik semata-mata.

"Saya telah jatuh cinta dengan dunia lakonan. Inilah rezeki saya sekarang. Jika dulu tidak boleh menangis depan kamera, sekarang sudah boleh," ujarnya.

Tinie mahu watak lebih mencabar dalam lakonan.

Terbaharu Tinie muncul sebagai watak Rafizah dalam drama berjudul Dia Imamku lakonan bersama Siti Saleha dan Kamal Adli.

Menerima pelbagai respons penonton, dia menganggap lakonannya berhasil apabila ramai yang kurang senang dengan watak berkenaan.

"Kalau saya buat live di TikTok ramai yang membenci saya. Walaupun dibenci saya seronok, ini bermakna lakonan saya menjadi," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain