suria

Bisnes kek batik anak semakin laris, Wawa Zainal pula dalam dilema

Kek batik Hayla menerima tempahan tanpa henti.

MELIHAT perniagaan kek batik anak perempuannya semakin maju, timbul perasaan bimbang dalam diri pelakon dan usahawan Wawa Zainal.

Sebagai ibu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 34, mengakui minat Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, tidak seperti kanak-kanak lain.

"Saya dan Aeril dalam dilema, adakah Hayla terlalu muda atau berbakat pada usia muda?

Hayla seronok berniaga kek batik.

"Saya masih memikirkannya," katanya.

Wawa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Kata Wawa, dia mahu Hayla membesar seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain bukannya sibuk menghabiskan masa di dapur menyiapkan tempahan kek batik.

"Saya mahu dia berseronok menjadi kanak-kanak seperti bermain, belajar dan carefree.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel buka baju demi ‘Laknat’, letak syarat sebelum berlakon babak puja iblis

"Masih tertanya-tanya, betul ke saya buat ini untuk menggalakkan Hayla menceburi dalam perniagaan," luahnya.

Perkongsian itu meriah perhatian ramai yang rata-rata meminta pasangan berkenaan menyokong minat Hayla namun mengehadkan tempahan agar seimbang dengan pelajaran.

"Sebagai permulaa ini okay saja, yang penting dia tahu seimbangkan pelajaran dan perniagaan. Sebagai ibu bapa sokong saja dulu.

Wawa seronok perniagaan Hayla berkembang.

"Bimbang juga kalau dia hilang minat nak belajar sebab dah pegang duit banyak, ibu bapa kena selalu pantau lah," antara komen netizen.

Untuk rekod, Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013.

Selain Hayla pasangan ini dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar,11, Ayya Sofia, 5 dan Muhammad Fahri, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain