BELUM sempat membuktikan kredibiliti diri sebagai pelakon, Scha Elinnea sedih apabila namanya lebih sinonim dengan isu panas dan kontroversi.
Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata, perkara itu juga membuatkan dia terasa hati apatah lagi semua tuduhan dilemparkan terhadapnya tidak benar.
Bagaimanapun kata Scha, dia memandang perkara itu sebagai pemangkin semangat terus maju dalam dunia seni.
Scha terasa dengan komen negatif netizen.
“Apabila orang bercakap buruk, sudah tentu saya terasa hati.
“Namun saya ambil perkara itu sebagai sebab untuk terus berusaha sehingga berjaya dalam bidang ini,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Scha sudah tidak peduli dengan tanggapan orang ramai mengenainya kerana hanya dia mengenali dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hidung semakin mancung, Scha Elinnea jawab tuduhan buat pembedahan plastik
ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea pernah digoda pelakon lelaki, enggan terpalit cinta lokasi
Malah keluarga turut menjadi penguat semangat untuk terus mengharungi industri hiburan yang penuh liku.
“Mereka boleh buat tanggapan atau cakap apa sahaja yang mereka mahu.
“Tapi yang tahu perkara sebenar hanyalah diri saya sendiri dan keluarga yang menjadi pemangkin semangat saya,” jelasnya.
Pelbagai kontroversi melibatkan nama Scha.
Sebelum ini, nama Scha pernah terpalit dengan gosip kononnya ‘dibela’ orang kenamaan susulan didakwa menjalani kehidupan mewah.
Malah aktres itu turut didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung serta memiliki tatu pada beberapa anggota badan.
Bagaimanapun Elinnea menafikan semua tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube