suria

Putri Dahlia ada kelebihan sendiri, Nora bangga bakat anak semakin menyerlah

Nora anggap Putri mewarisi bakat arwah suami.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya Putri Dahlia yang semakin menyerlah dalam bidang seni nyanyian.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata, Putri, 21, bukan sahaja mewarisi bakat seni daripada dirinya dan arwah suami iaitu komposer Johan Nawawi, tetapi juga mempunyai kelebihan tersendiri.

"Putri memang sejak kecil sudah tunjuk minat. Umur enam, tujuh tahun dah mula cipta lagu dan melodi sendiri. 

Putri tidak pernah meminta bantuan daripada Nora.

"Bakat Johan itu memang kuat dalam diri dia dan dia boleh menyanyi. Dia seperti kombinasi kami berdua.

"Alhamdulillah, dengan pandai mencipta lagu dalam bahasa Inggeris saya anggap dia selangkah kehadapan berbanding saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nora turut memuji sikap Putri yang tidak pernah cuba menumpang populariti kedua ibu bapanya untuk mencipta nama. 

Malah Putri tidak pernah meminta bantuannya dan berusaha sendiri dalam hal berkaitan karier seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kelemahan sendiri, Nora Ariffin spontan luah seronok suami tak mahu cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Putri Dahlia hanya pendengar setia, tak campur masalah rumah tangga Nora Ariffin

"Selama ini dia ke mana-mana buat sendiri, tak pernah bersandarkan nama saya atau arwah ayahnya. 

"Dia tak minta bantuan atau gunakan kenalan saya, semua dia buat sendiri. 

"Saya percaya dia ada rakan sekerja yang hebat dan sebagai emak saya sentiasa sokong dia," kongsinya.

Dulu Putri macam kurang berkeyakinan.

DATUK NORA ARIFFIN

PENYANYI

Dalam pada itu, Nora melihat perubahan positif Putri yang lebih berkeyakinan berbanding sebelum ini.

Katanya, anaknya kini lebih bersedia melangkah ke pentas arus perdana industri hiburan.

"Dulu dia macam kurang berkeyakinan, mungkin masanya kurang sesuai ketika itu kerana masih belajar.

“Mungkin juga dia rasa takut nak masuk mainstream kerana orang tak kenal siapa dia.

Nora bangga lihat perubahan Putri.

"Sebagai emak saya pun tiada paksa, saya ikut saja dan hormati pilihan genre yang dia minat,” ujarnya.

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain