PELAKON Yasmin Hani berharap dapat menanggung penderitaan dirasai anak lelakinya iaitu Eissa Wong yang mengalami masalah ekzema.
Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 45, berkata, Eissa, 9, akan menangis dan menjerit setiap kali mandi kerana rasa pedih pada bahagian tubuh yang mengalami ekzema.
Lebih merobek hatinya, Eissa akan meminta maaf kerana merasakan dia sudah menyusahkan orang lain dengan penyakit dihidapinya.
Yasmin berkongsi perjalanan Eissa menghidap masalah ekzema.
“Eissa adalah seorang anak yang kuat. Setiap hari dia melalui kesakitan sewaktu mandi.
“Dia akan menangis atau menjerit menahan rasa pedih pada kulitnya. Doakan Eissa sembuh sepenuhnya.
“Hari ini Eissa minta maaf kerana mempunyai ekzema, katanya hal ini membuatkan saya banyak kerja dan begitu tertekan kerana bimbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani jaga hubungan baik dengan bekas suami, tapi ramai tak tahu awal cerai dulu pernah kena ‘block’
ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai bukan bererti perlu bermusuh, ramai ‘respect’ dengan Yasmin Hani dan bekas suami - “Tak salah berbaik demi anak-anak”
“Saya rasa bersalah kerana dia menganggap seperti itu. Tidak anakku. Saya yang perlu minta maaf kerana dia terpaksa menanggung kesakitan ini,” katanya.
Yasmin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Yasmin bagaimanapun terharu apabila Eissa sempat memberikan ucapan manis buatnya meskipun sedang berdepan dengan kesakitan.
“Hari ini (Ahad) selepas mandi (sudah tentu menjerit dan menangis), anak saya beritahu saya bagaikan bidadari dan tidak boleh hidup tanpa saya.
“Saya kagum selepas semua kesakitan yang dilalui, Eissa masih boleh memberikan kata-kata manis buat saya.
Yasmin berharap Eissa menjadi seorang anak yang kuat.
“Ini cabaran untuk kami sama-sama lalui. Saya janji Eissa akan membesar menjadi anak yang kuat. Saya sentiasa ada bersamanya. Saya sayang awak,” katanya.
Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Razali pada 2011 namun berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong 12, dan Eissa Elzander Wong.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube