suria

Tuduhan godam akaun TikTok bekas tunang fitnah, Muntazar Ghufran dedah punca putus dengan Saidah

Muntazar akhirnya bersuara untuk membela diri.

PELAKON Muntazar Ghufran mnyifatkan tuduhan dia menggodam akaun TikTok milik bekas tunangnya iaitu aktres Saidah Kamarudin sebagai fitnah.

Muntazar atau Muhammad Muntazar Ghufran, 22, berkata, dia tidak pernah memiliki sebarang akses termasuk kata laluan akaun media sosial Saidah.

“Itu tipu, dia fitnah! Saya tidak pernah mempunyai akses terhadap akaun media sosialnya tetapi sebaliknya yang berlaku.

Muntazar kecewa sikap bekas tunang.

“Dia siap minta dan simpan kata laluan akaun media sosial saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Berang namanya dipetik Saidah, Muntazar mendedahkan keceluparan mulut aktres itu punca dia mengambil keputusan memutuskan pertunangan mereka Oktober tahun lalu.

Dakwa Muntazar, Saidah gemar menghina dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan keluarga sehingga membuatkan dia tawar hati dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin buat laporan polis, dakwa TikTok digodam bekas tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Fokus kerjaya seni dahulu, Muntazar Ghufran belum fikir cari pengganti lepas putus tunang

Apa lebih melukakan hatinya sebagai lelaki, Saidah tergamak menghinanya selepas melihat baki wang dalam akaun simpanannya.

“Biarlah saya bercakap jujur… Kami putus tunang sebab mulut dia!

“Dia suka menghina dan guna kata-kata kesat kepada saya malah pernah menampar saya,” ujarnya.

Dia suka menghina!

MUNTAZAR GHUFRAN

PELAKON

Pada malam Sabtu, Saidah bertindak membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat pihak menggodam akaun TikTok miliknya.

Saidah, 29, mendakwa individu tersebut bukan sahaja mengakses akaun tersebut tanpa kebenaran malah meninggalkan komen dengan niat mencemarkan nama baiknya.

Aktres itu memberitahu perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh bekas tunangnya. 

Kata-kata kesat masih terkesan di dalam hati.

Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas lebih setahun berkenalan.

Namun pada Mac lalu pasangan ini mengumumkan ikatan pertunangan tersebut sudah terlerai dan membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain