suria

Hanya tumpang rezeki, Anzalna memang manjakan anak-anak dengan kemewahan

Anzalna (dua dari kiri) tidak berkira untuk memberikan kemewahan buat anak-anaknya.

PELAKON Anzalna Nasir tidak bersetuju dengan pendapat segelintir individu yang menganggap ibu bapa tidak seharusnya memberikan kemewahan berlebihan kepada anak-anak mereka.

Kata Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, tidak salah sekiranya mahu memberikan terbaik kepada anak-anak dalam mewujudkan kebahagiaan dan mencipta memori bahagia bersama keluarga.

“Ada segelintir orang berkata kita tidak seharusnya manjakan anak-anak dengan pakaian mahal atau bawa ke tempat-tempat mewah. 

Perkongsian Anzalna yang dimuat naik di Instastory.

“Kenapa tidak? Anak-anak kita berhak mendapatkan yang terbaik. Tidak ada salah memberikan mereka kegembiraan dan mencipta memori bahagia. 

“Nikmat (rezeki) yang kita terima adalah untuk dikongsi bersama orang tersayang,” katanya. 

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir minta batal perjalanan, Anzalna Nasir kongsi pengalaman luar biasa naik ‘submarine’ bersama keluarga 

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bawa anak ke tempat bekerja, Anzalna tak percaya pembantu

Pelakon drama Adam Hawa ini sebelum itu mengucapkan selamat hari lahir buat anak-anaknya iaitu Eidress dan Emirhan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei. 

Kongsi Anzalna, setiap tahun dia dan suami, Muhammad Hanif Zaki berusaha menunaikan permintaan Eidress dan Emirhan kerana menganggap punca rezeki keluarga mereka adalah daripada anak-anak.  

“Setiap tahun, kami meraikan mereka (anak-anak) dengan sepenuh hati kerana mereka layak untuk menerima semua ini. 

“Rezeki anak ini memang lain macam. Nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata tetapi hanya boleh dirasai dengan hati. 

Anzalna (dua dari kiri) berusaha menunaikan permintaan anak-anak bagi membahagiakan mereka.

“Selagi ada rezeki, kami akan sentiasa memberikan terbaik untuk anak-anak tidak kira dari mereka kecil hingga dewasa,” ujarnya. 

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain