PELAKON Saidah Kamarudin bertindak membuat laporan polis pada malam Sabtu selepas mendakwa terdapat pihak menggodam akaun TikTok miliknya.
Saidah, 29, mendakwa lelaki tersebut bukan sahaja mengakses akaun tersebut tanpa kebenaran malah meninggalkan komen dengan niat mencemarkan nama baiknya.
Aktres tersebut membuat laporan berkenaan di Balai Polis Setia Alam, Shah Alam pada malam Sabtu.
Saidah kongsi bukti TikTok digodam.
“Saya mula menyedari perkara ini selepas diberitahu oleh seorang rakan yang curiga dengan komen-komen pelik muncul ketika dia sedang membuat siaran langsung.
“Saya sedang tidur waktu itu dan hanya sedar sekitar pukul 3 petang keesokan harinya.
“Sebaik sahaja menyedarinya, saya buat laporan polis untuk melindungi diri saya,” katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin ‘let go’ dewan resepsi, reda impian kahwin tema fairytale tak tercapai
ARTIKEL BERKAITAN: Beza 7 tahun bukan penghalang, Muntazar Gufran dan Saidah Kamarudin nikah tahun depan
Dalam pada itu, Saidah percaya perbuatan itu dilakukan oleh bekas tunangnya memandangkan ini bukan kali pertama akaun media sosialnya cuba digodam.
Kata Saidah, kesilapannya berkongsi kata laluan akaun media sosial miliknya kepada lelaki tersebut sebelum ini.
Pun begitu, dia sudah mengubah segala kata laluan namun tidak menyangka individu tersebut tetap berjaya menggodamnya.
Kalau boleh selepas putus tunang saya memang tak nak bercakap mengenai dia.
SAIDAH KAMARUDIN
PELAKON
“Semasa bercinta dulu, kami memang ada berkongsi kata laluan akaun media sosial. Tapi selepas berpisah, saya terus tukar dan padam semua akses yang berkaitan,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Saidah memberitahu dia mula melihat perubahan sikap bekas tunangnya itu semenjak mereka berpisah pada Oktober tahun lalu.
"Sebelum ini dia tak macam itu pun, tapi selepas berpisah baru dia tunjuk perangi sebenar dia.
Saidah terkejut dengan perubahan sikap bekas tunang.
"Kalau boleh selepas putus tunang saya memang tak nak bercakap mengenai dia atau sebarkan aib tapi saya terpaksa buat macam ini dan berharap netizen dapat nilai sendiri," kongsinya,
Untuk rekod, Saidah dan pelakon Muhammad Muntazar Gufran mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Namun pada Mac lalu pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube