suria

Ladang kerbau Amerul Affendi semakin maju, sudah mampu upah pekerja

Amerul sudah 10 tahun ceburi bidang pertanian.

USAHA selama 10 tahun pelakon Amerul Affendi mengusahakan ladang ternakan akhirnya membuahkan hasil memberangsangkan.

Kata Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 39, dia kini sudah memiliki beberapa pekerja bagi memantau ladang berkenaan.

“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, sekarang saya tak selalu turun ladang sebab sudah tahu selok belok kerja perlu dilakukan.

Amerul sudah mampu upah pekerja sambilan.

“Jadi sekarang saya upah orang dan pastikan kerja berjalan seperti apa saya mahukan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Amerul memberitahu dia tiada perancangan untuk mengembangkan lagi ladang diusahakan sejak 2015.

Setakat ini kata Amerul, dia berpuas hati dengan hasil diterima yang cukup menampung komitmen keluarga selain membayar gaji pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan bakal jadi hobi, Amerul Affendi sasar bergelar pensyarah dalam tempoh setahun

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi lega luahan didengari, bimbang tayangan ‘6 Jilake’ ditarik

“Perusahaan yang saya buat ini pun bukan secara besar-besaran.

“Cukuplah sekadar mampu membayar komitmen saya setiap bulan,” ujarnya.

Untuk info, Amerul menjalankan perusahaan penternakan ladang kerbau dan pertanian seperti kelapa, sawit dan rumput di Temerloh, Pahang.

Amerul sangat meminati bidang pertanian dari dahulu lagi.

Dalam perkembangan lain, Amerul bakal tampil dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Laknat.

Selain Amerul filem tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.

Laknat akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram<

Artikel Lain