SUSULAN mengalami kesukaran bernafas ketika tidur, pelakon Zulkifli Ismail sudah enam bulan menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) sebagai salah satu ikhtiar merawat masalah tersebut.
Bersyukur masalah tersebut semakin membaik, Zulkifli, 62, tidurnya juga semakin berkualiti selain kadar oksigen ke bahagian otak meningkat berbanding sebelum ini.
“Sejak enam bulan lalu saya tidur menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) bagi mengatasi masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang saya alami.
Masalah apnea Zulkifli semakin pulih selepas konsisten menggunakan mesin CPAP.
"Alhamdulillah, dengan izin Allah, tidur saya semakin berkualiti (deep sleep). Kadar oksigen ke otak juga semakin meningkat," katanya.
Zulkifli berkongsi pengalamannya menggunakan mesin CPAP itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada pagi Selasa.
Berkongsi lanjut perkembangan terkini, kata Zulkifli, badannya menunjukkan perubahan positif lebih-lebih lagi pada waktu pagi susulan mendapat tidur mencukupi dan berkualiti.
ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli Ismail jalani ujian ‘sleep studies’, bimbang nafas terhenti ketika nyenyak tidur
ARTIKEL BERKAITAN: Beli rumah bukan keutamaan, Zulkifli Ismail selesa 38 tahun hidup menyewa…“Saya tiada pendapatan tetap, susah buat pinjaman”
Malah tambah aktor itu, walaupun perlu berada lama di set penggambaran dia tidak lagi rasa mengantuk dan dapat memberikan komitmen terhadap kerja.
"Saya bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga.
"Sekarang saya tidak lagi rasa mengantuk sewaktu dalam set penggambaran kendatipun penggambaran sehingga tengah malam atau awal pagi," jelasnya.
Zulkifli ketika melakukan sleep studies di hospital sebelum ini.
Pada November tahun lalu, Zulkifli terpaksa ditahan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HTCM) kerana mengalami masalah pernafasan ketika tidur.
Lebih membimbangkan apabila pernafasan aktor itu juga pernah terhenti beberapa kali semasa dia sedang tidur nyenyak.
Disebabkan perkara itu, Zulkifli melakukan rawatan 'sleep studies' untuk mengetahui masalah dihadapi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube