suria

Nabila Razali jemput orang ramai hadir majlis akikah anak di Kelantan 7 Jun ini

Bella (kiri) mengajak orang ramai menghadiri majlis akikah anaknya pada 7 Jun ini.

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali bakal mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini bersempena Hari Raya Aidiladha.

Istimewanya, Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali, 33, mengajak orang ramai yang berkelapangan untuk hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak lelakinya yang diberi gelaran 'Baby M'.

“Hari Raya Aidilfitri lalu tak dapat balik Kelantan tetapi kali ini kami pulang ke kampung.

Nabila (paling kanan) meraikan sambutan Aidiladha bersama keluarga di Kelantan.

Nabila (paling kanan) meraikan sambutan Aidiladha bersama keluarga di Kelantan.

“Jadi saya nak ajak anda semua datang ke majlis akikah Baby M pada 7 Jun ini,” katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

Majlis akikah itu akan diadakan di Franky Corner di Kota Bharu bermula pukul 3 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali belum sedia kongsi wajah dan nama anak, ada perasaan bimbang tentang penyakit ain

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali mudah menangis sejak bergelar ibu, tak boleh tengok video sedih

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia sekeluarga tidak sabar menantikan kehadiran tetamu bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Malah mahu mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim antara tetamu yang hadir nanti. 

“Kami sekeluarga tidak sabar nak jumpa di Kelantan nanti, jemput datang beramai-ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain