PELAKON dan penyanyi Bella Astillah hanya mampu mengucap apabila diajukan pertanyaan kononnya dia dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman sudah mengikat tali pertunangan.
Tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, memberitahu akan menjawab soalan itu di lain masa kerana perlu bergegas ke acara lain.
“Astaghfirullahalazim, maaf saya dah lambat untuk pergi ke acara seterusnya, nanti saya beritahu.
Bella (kiri) dan Syed Saddiq enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan sudah bertunang.
“Sekarang ni saya cuma fokus pada anak-anak sahaja,” katanya ringkas kepada mStar.
Bella mengulas perkara itu sebelum bergegas pulang selepas menghadiri program A+ SPM 2025 di Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq yang turut hadir pada acara sama percaya isu peribadi tidak perlu diceritakan kepada umum kerana ia melibatkan keluarga.
“Apa yang Bella jawab saya kekal dengan jawapan itu memandangkan dia tiada dengan saya sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya seminggu berlatih, anak Bella Astillah berjaya tamatkan acara renang 400 meter di dalam laut
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pesan Ayden hormati wanita, anak ‘cahaya’ ketika dalam kegelapan
“Dalam bab ini doakan, tambah pula isu peribadi lebih baik kekal sebagai privasi dalam keluarga sahaja.
“Kami juga perlu fokus pada tanggungjawab masing-masing, jadi kita kekalkan sebegitu,” jelasnya.
Sebelum ini, tular dakwaan Bella dan Syed Saddiq sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube