SUAMI penyanyi Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli masih menyayangi isteri keduanya itu dan percaya ada jalan damai bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina.
Peguam Azmi Mohd Rais berkata, Rushdi masih belum berputus asa memujuk penyanyi tersebut agar menarik balik keputusan bercerai.
“Anak guam saya masih sayang kepada isteri. Insya-Allah ada ruang untuk berdamai.
Azmi (kiri) mewakili Rushdi untuk proses JKP.
“Nora juga mempunyai hak sama ada masih ingin meneruskan atau tidak (perceraian), tapi Rushdi masih lagi dalam usaha memujuk," katanya.
Azmi berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.
Pada sebutan itu, Nora melantik kakak angkatnya iaitu Rafeah Ariffin manakala Rushdi pula memilih rakannya iaitu Syamsul Omar sebagai wakil JKP.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perancangan tarik balik permohonan cerai, Nora serah kepada mahkamah buat keputusan
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kelemahan sendiri, Nora Ariffin spontan luah seronok suami tak mahu cerai
Rushdi bagaimanapun tidak menghadiri pada sebutan kedua kes penceraian mereka kerana terlibat dalam sebuah seminar mewakili Universiti Malaya selama lima hari di Brunei.
Pada 12 Ogos tahun lalu, krisis rumah tangga Nora dan Rushdi menjadi topik hangat apabila dia memuat naik video suaminya melafazkan cerai terhadapnya.
Terlalu banyak memendam rasa, Nora kemudiannya memfailkan permohonan cerai terhadap Rushdi pada 21 April lepas.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi pada penghujung 2021.
Nora hadir ke mahkamah bersama kakak angkatnya.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 12 Ogos tahun lalu, krisis rumah tangga Nora dan Rushdi menjadi topik hangat apabila dia memuat naik video suaminya melafazkan cerai terhadapnya.
Terlalu banyak memendam rasa, Nora kemudiannya memfailkan permohonan cerai terhadap Rushdi pada 21 April lepas.
Rushdi masih gigih memujuk Nora.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi pada penghujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube