KETIKA nama Muntazar Ghufran sedang menjadi bualan ramai, abangnya iaitu aktor Firdaus Ghufran tampil bersuara mempertahankan adiknya.
Firdaus, 23, turut meminta agar bekas tunang Muntazar iaitu aktres Saidah Kamarudin berhenti menggangu adiknya itu.
Pelakon itu turut menggelar Saidah sebagai seorang wanita murah selain memintanya menanti kenyataan daripadanya.
Firdaus tak sanggup lihat adik dibuli.
"Saidah Kamarudin, kau tunggu kenyataan daripada aku pula.
"Jangan kacau adik aku, perempuan murah," katanya.
Firdaus berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna geram rakan baik dihina isu wang, dedah Muntazar Ghufran jadi balaci bekas tunang - “Dalam akaun bank kau ada RM50,000 ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin menyesal kenal Muntazar Gufran, bekas tunang tak ada duit belum layak kahwin
Selain Firdaus, rakan-rakan Muntazar seperti Bella Dowanna dan Iman Zulkarnain turut membela nasib aktor berkenaan.
Mereka menyelar sikap Saidah yang menjaja punca pembatalan pertunangan mereka kepada umum.
Pada Selasa, Saidah, 28, dalam temu bual bersama mStar mendakwa bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 di dalam akaun bank sekali gus menganggap Muntazar tidak layak untuk berkahwin.
Rakan-rakan Muntazar turut bersuara.
Malah dia juga mendakwa lelaki tersebut menggodam akaun TikTok miliknya dan meninggalkan komen dengan niat mencemarkan nama baiknya.
Bagaimanapun Muntazar menafikan semua dakwaan Saidah terhadapnya.
Untuk rekod, Saidah dan Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 22, mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Namun pada Mac lalu pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube