GERAM maruah rakan baiknya dipijak, pelakon Bella Dowanna tampil membela Muntazar Ghufran selepas bekas tunangnya mendakwa aktor tersebut hanya mempunyai RM500 dalam simpanannya.
Bella, 22, mendakwa Muntazar sudah banyak berkorban untuk bekas tunangnya yang juga pelakon Saidah Kamarudin sepanjang mereka bersama sebagai pasangan.
Malah Bella mendakwa, bukan hanya wang ringgit yang dihabiskan untuk Saidah tetapi Muntazar turut berkorban masa dan tenaga dengan bertindak sebagai pembantu aktres itu tanpa sebarang bayaran.
Bella berharap agar Saidah berhenti keluarkan kenyataan.
“Bila sudah putus, bukan main. Kalau dah tahu dia macam itu, hendak bertunang juga kenapa sis?
"Dia (Muntazar) jadi PA, balaci, kuli dan videographer awak tidak berbayar. Dia jadi pemandu awak hari-hari ke set penggambaran. Mana tak habis duit dia?
"Lepas itu dalam akaun bank kau ada RM50,000 ke? Sama-sama jer sangkak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin menyesal kenal Muntazar Gufran, bekas tunang tak ada duit belum layak kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan godam akaun TikTok bekas tunang fitnah, Muntazar Ghufran dedah punca putus dengan Saidah
Bella berkongsi perkara itu menerusi Instastory yang memaparkan temu bual mStar bersama Saidah.
Dalam pada itu, Bella berharap Saidah tidak lagi bersuara mengenai kisahnya dengan aktor itu kerana bimbang lebih banyak perkara akan terbongkar.
"Sudahlah diam saja, jangan nak bising sangat! Ingat, setiap cerita tentu ada dua kisah berbeza," ujarnya
Pada Selasa, Saidah, 28, dalam temu bual bersama mStar mendakwa bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 di dalam akaun bank sekali gus menganggap Muntazar tidak layak untuk berkahwin.
Bella bersuara membela rakannya, Muntazar.
Malah dia juga mendakwa lelaki tersebut menggodam akaun TikTok miliknya dan meninggalkan komen dengan niat mencemarkan nama baiknya.
Bagaimanapun Muntazar menafikan semua dakwaan Saidah terhadapnya.
Untuk rekod, Saidah dan Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 22, mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Namun pada Mac lalu pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube