PENYANYI Datuk Nora Ariffin tidak akan menarik semula permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.
Sebaliknya kata Nora atau Wan Norafiza Wan Ariffin, 52, dia menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah untuk menentukan sebarang keputusan berhubung rumah tangga mereka.
“Setakat ini tak ada (tarik permohonan). Saya kekal dengan perancangan asal. Tapi apapun saya serahkan kepada pihak mahkamah,” katanya kepada mStar.
Nora memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu.
Nora hadir ke mahkamah bersama kakak angkatnya.
Kes perceraian di antara Nora dan Rushdi pada Rabu diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Nora melantik kakak angkatnya iaitu Rafeah Ariffin sebagai wakil pada sesi berkenaan.
Pada 12 Ogos tahun lalu, krisis rumah tangga Nora dan Rushdi menjadi topik hangat apabila dia memuat naik video suaminya melafazkan cerai terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kelemahan sendiri, Nora Ariffin spontan luah seronok suami tak mahu cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik
Terlalu banyak memendam rasa, Nora kemudiannya memfailkan permohonan cerai terhadap Rushdi pada 21 April lepas.
Untuk rekod, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi pada penghujung 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube