suria

Buka pencalonan untuk komposer luar negara di AIM24, ini alasan penganjur

Rosmin menyifatkan kategori baharu diperkenalkan bagi membuka ruang lebih luas kolaborasi luar negara.

TIDAK berniat memberi keistimewaan kepada komposer luar, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyifatkan kategori baharu diperkenalkan bagi membuka ruang lebih luas kolaborasi merentas negara. 

Pengerusinya Rosmin Hashim, berkata, banyak karya tempatan terpinggir disebabkan syarat lama tidak terbuka untuk penyertaan komposer luar negara. 

Disebabkan itu, RIM membuka kategori baharu iaitu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik bagi memperluas capaian dan pengaruh muzik Malaysia ke pentas global.

RIM membuka kategori baharu iaitu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

“Kita lihat semakin banyak kolaborasi hebat melibatkan artis dan komposer luar negara tetapi tiada kategori sesuai untuk lagu seperti Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri. 

“Langkah ini bukan bertujuan membelakangi komposer dan karyawan tempatan kerana hanya dua kategori sahaja diwujudkan bagi mengiktiraf karya luar,” katanya kepada mStar. 

Rosmin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media AIM24 yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: AIM24 kembali September depan, perkenal 3 kategori baharu termasuk 'Kolaborasi Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik'

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan industri muzik 2024 pecah rekod dengan RM339 juta, AIM edisi ke-24 dianjurkan tahun ini

Dalam pada itu, Rosmin memberitahu AIM akan kembali menjadi acara tahunan bermula tahun ini namun skala penganjurannya bergantung kepada sokongan penaja. 

“Cabaran utama adalah kos tetapi kami sepakat untuk adakan AIM setiap tahun. Jika tidak berskala besar, kita laksanakan dalam skala lebih kecil. 

"Apa yang penting, anugerah ini mesti ada kerana ia sangat dinantikan oleh penggiat industri,” ujarnya. 

Untuk info, AIM24 menyenaraikan 31 kategori anugerah termasuk tiga kategori baharu agu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik. 

AIM24 akal berlangsung pada 13 September depan.

Pencalonan AIM24 dibuka bermula 4 Jun hingga 4 Julai 2025 untuk lagu atau album yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.

Penyertaan boleh dihantar secara atas talian menerusi laman web rasmi AIM.

AIM24 bakal berlangsung pada 13 September depan di Arena of Stars, Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di RTM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain