BAKAL tampil dengan dua buah filem terbaharu, penerbit dan pengarah Erma Fatima sanggup terbang ke Indonesia bagi membuat penyelidikan tentang beberapa ajaran sesat di negara berkenaan.
Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, berkata, dia juga ada bertemu dengan beberapa individu yang mengikut ajaran sesat bagi mendapat maklumat lebih tepat untuk menulis skrip filem.
“Saya buat penyelidikan tentang ajaran sesat di Indonesia sebelum menulis skrip untuk dua buah filem yang bakal diterbitkan.
Erma menulis skrip bagi dua buah filem di Indonesia.
"Bukan itu sahaja, saya juga berjumpa sendiri dengan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat di sana bagi mengetahui lebih mendalam," katanya kepada mStar.
Erma menulis skrip bagi dua buah filem iaitu Khurafat Walid dan Nikah Batin.
Teruja dengan proses pembikinan dua filem berkenaan yang bakal mula tidak lama lagi, Erma sudah mempunyai senarai nama pelakon untuk ditampilkan dalam naskhah tersebut.
Malah Erma bersyukur apabila kedua-dua pihak produksi di sana bersetuju dengan cadangannya dan berharap perkara itu dapat dicapai jika semua berjalan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: Babak usap janggut guna kaki undang rasa kurang senang netizen, Erma Fatima dah bersedia kena tempias
ARTIKEL BERKAITAN: Terima teguran Jakim, Erma Fatima sudah potong 2 babak dalam ‘Bidaah’ cetus kontroversi
"Insya-Allah dalam fikiran saya antara yang dicadangkan oleh saya sendiri ialah Reza Rahadian, Christine Hakim dan Luna Maya.
"Mereka adalah calon-calon yang saya inginkan dalam naskhah penulisan saya.
"Cadangan saya ini juga dipersetujui kedua-dua produksi di sana, ia hasil perbincangan bersama," ujarnya.
Kejayaan Bidaah berjaya tarik minat penerbit di Indonesia.
Sebelum ini, Erma memaklumkan tiga pihak produksi di Indonesia bakal menghasilkan tiga buah filem yang diilhamkan daripada drama bersiri Bidaah hasil penulisannya.
Tiga projek filem itu mengetengahkan ajaran sesat sebagai fokus utama dan diberi judul Khurafat Walid, Nikah Batin dan satu lagi yang belum diputuskan lagi.
Erma juga bakal membawa barisan pelakon dari Malaysia untuk terlibat sama dengan filem-filem berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube