suria

Sheila On 7 beraksi di ‘Latihan Pestapora’, tampil persembahan 90 minit buat peminat di Malaysia

Sheila On7 akhirnya datang ke Malaysia.

SELEPAS sekian lama tidak menghiburkan peminat di Malaysia, kumpulan terkenal Indonesia Sheila On 7 bakal beraksi di pentas Latihan Pestapora Malaysia yang bakal berlangsung pada 26 Julai ini.

Apa lebih menarik lagi, Sheila On 7 dijangka membuat persembahan penuh selama 90 minit pada acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Khabar gembira itu turut dikongsi sendiri oleh kumpulan berkenaan di Instagram rasmi mereka.

Peminat Malaysia sudah lama nantikan kedatangan Sheila On7.

Latihan Pestapora diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai kemeriahannya yang tidak berpeluang merasai festival itu di Jakarta, Indonesia.

Edisi utama Pestapora bakal berlangsung di Jakarta pada September depan. 

Festival ini turut menjanjikan pelbagai genre seperti pop, rock, alternatif, hip-hop dan indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.

ARTIKEL BERKAITAN: Duta Sheila On 7 pernah kena buli di AS, terkenang diasuh jiran asal Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Viral video Duta SO7 jadi imam sebelum konsert, tepis dakwaan rosakkan moral anak muda

Latihan Pestapora Malaysia turut dimeriahkan dengan beberapa artis Indonesia lain seperti Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji, Nadin Amizah dan Pamungkas.

Acara berkenaan bertambah meriah kerana dilengkapi dengan persembahan artis tanah air seperti Bittersweet, Bunkface, Dolla, SonaOne, Salammusik, Ismail Izzani, Alvin Chong dan Yonnyboi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain