suria

Sudah anggap macam abang, Jay Park teruja kongsi pentas dengan Joe Flizzow

Jay teruja dapat berkongsi pentas dengan Joe Flizzow.

PENYANYI rap terkenal Joe Flizzow dan kumpulan Dolla bakal menyerikan penganjuran konsert ikon global hip hop dan R&B Jay Park di Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.

Joe dan Dolla bakal muncul sebagai artis jemputan menerusi konsert '2025 World Tour [Serenades & Body Rolls] In Kuala Lumpur’ yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Dikenali dengan persembahan pentasnya yang bertenaga, Jay Park menunjukkan sokongan kepada industri muzik tempatan dengan menjemput dua bintang terbesar negara untuk berkongsi pentas bersamanya.

Konsert Jay Park di Kuala Lumpur pada 14 Jun ini. 

Kemunculan Joe juga bakal menjadi pertemuan semula mereka yang pernah berkolaborasi menerusi lagu Ciao yang turut menampilkan MK pada 2021.

Malah Jay menganggap Joe sebagai abangnya dan teruja berkongsi pentas dengan penyanyi rap berkenaan.

“Joe Flizzow sudah macam abang saya manakala Dolla pula sedang meningkat naik.

ARTIKEL BEKAITAN: Jay Park umum buka akaun OnlyFans, guna nama McNasty

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir 20 tahun tidak bersama, Joe Flizzow tak tolak kerjasama dengan Malique

“Saya sangat teruja hendak berkongsi pentas dengan mereka berdua dan tunjukkan sokongan saya kepada semua peminat di negara ini,” katanya.

Konsert di Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada jelajah dunia Jay yang meliputi bandar-bandar utama di Asia, Australia, dan New Zealand.

Dengan reputasi persembahan langsung yang luar biasa dan barisan artis termasuk bintang tempatan yang sedang melonjak, konsert ini dijangka menjadi antara acara paling dinanti-nantikan tahun ini.

Joe adalah salah satu suara paling dihormati dalam dunia hip-hop Malaysia, akan membawa aura penuh karisma dan kehebatan liriknya ke konsert ini.

Dolla turut memeriahkan konsert.

Sebagai pelopor gerakan rap di Asia Tenggara, kemunculannya dijangka menjadi detik bersejarah yang menyatukan budaya dan kolaborasi rentas sempadan.

Manakala Dolla sedang menempa nama menerusi single terbaharu mereka iaitu MWA yang sedang menduduki carta 10 teratas di Malaysia.

Dengan koreografi yang dinamik dan vokal yang bertenaga, Dolla bakal menyuntik tenaga luar biasa ke dalam persembahan malam itu serta terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pop Asia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain