BAKAL mengadakan majlis akikah anak pertama secara besar-besaran di Kota Bharu, Kelantan, ada timbul kebimbangan dalam diri penyanyi Nabila Razali jika sajian dihidangkan tidak mencukupi buat tetamu yang hadir.
Bagaimanapun kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, dia dan suaminya iaitu usahawan Nik Iruwan Nik Izani sudah mempunyai 'plan B' bagi mengelak sebarang masalah pada hari kejadian.
"Ada juga timbul kerisauan jika terlalu ramai yang hadir pada majlis itu sehingga tak cukup makanan, namun saya harap semuanya mencukupi.
Nabila dan suami turut melakukan ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
"Tapi sekiranya melebihi jangkaan sehingga makanan tak cukup, saya dan suami sudah ada rancangan B.
"Saya harap majlis ini dapat merapatkan saya dengan orang-orang di Kelantan sebab selama ini majlis yang saya lakukan banyaknya di Kuala Lumpur sahaja," katanya kepada mStar.
Selain dua ekor kambing untuk akikah, Nabila memilih merahsiakan jumlah haiwan yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha sehingga hari kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jemput orang ramai hadir majlis akikah anak di Kelantan 7 Jun ini
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali belum sedia kongsi wajah dan nama anak, ada perasaan bimbang tentang penyakit ain
Pada majlis itu juga, Nabila akan mendedahkan nama serta wajah anak lelakinya yang diberi gelaran 'Baby M' buat pertama kali kepada umum.
“Ada dua ekor kambing seperti biasa untuk akikah, tapi selebihnya rahsia kena tunggu pada hari kejadian.
"Pada hari itu juga adalah pertama kali saya akan tunjuk dan dedahkan nama serta wajah Baby M," ujarnya.
Sekiranya melebihi jangkaan sehingga makanan tak cukup, saya dan suami sudah ada 'Plan B'.
NABILA RAZALI
PENYANYI
Sementara itu, Nabila sempat menitipkan pesanan agar mereka yang akan hadir ke majlis akikah anaknya itu untuk menjaga batas ditetapkan.
"Pesanan saya cuma tolong jaga garis panduan yang ditetapkan pihak saya.
"Kalau ada rezeki jumpa Baby M jangan nak cium sesuka hati atau buat perkara tidak sepatutnya. Saya harap orang ramai dapat hormat pesanan saya ini," katanya.
Nabila dan suami akan mendedahkan nama dan wajah anak mereka pada majlis itu nanti.
Pada Selasa, Nabila menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah anaknya di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini.
Majlis Akikah itu akan diadakan di Franky Corner bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan pada 18 November 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube