suria

Tiga tahun siapkan lagu, ‘Sepanjang Malam’ karya terapi jiwa Killa Driz dan Syafiq Abdilah

Lagu baharu Driz (kiri) dan Syafiq buai emosi pendengar.

BAGI merealisasikan impian bersama, penyanyi rap Killa Driz dan Syafiq Abdilah mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan lagu berjudul Sepanjang Malam

Menurut Driz atau Idris Shah, 26, sepanjang proses penghasilan karya ini ia juga menjadi ruang buatnya meluahkan isi hati.

"Proses rakaman berlangsung dalam suasana yang santai dan mesra, seperti berkarya bersama rakan rapat. 

Driz dan Syafiq mudah bekerjasama. 

"Rasa seronok dan seperti terapi, salah satu projek kegemaran yang pernah saya kerjakan," katanya.

Tambahnya perbualan lucu semasa menyiapkan lagu ini bersama Syafiq, Shazee selaku penerbit muzik dan Giz turut membantu dalam menggubah karya yang bakal menyetuh emosi ramai.

Malah dia juga berharap akan dapat kembali berkolaborasi bersama mereka di masa akan datang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Killa Driz cari identiti sebagai penyanyi rap, jadikan Joe Flizzow dan SonaOne inspirasi muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta lagu bersama Joe Flizzow dan SonaOne penghormatan tertinggi buat Killa Driz

"Saya percaya kita harus berada dalam frekuensi yang sama untuk berkerja. Dalam projek ini, tiada apa yang rasa susah. Masing-masing memahami. 

"Saya sangat bersyukur dan tidak sabar untuk bekerjasama lagi dengan mereka,” ujarnya.

Sementara itu Syafiq pula memberitahu kerjasama ini merupakan impian yang sudah lama diidamkan.

Impian Syafiq bekerjasama dengan Driz tercapai. 

Selepas merakam pelbagai versi lagu ini, dia percayai mereka sudah hasilkan karya yang akan memberi kepuasan kepada para pendengar.

"Universal Music pernah tanya saya artis mana yang saya ingin sangat berkerjasama, dan saya jawab Killa Driz. 

"Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain