SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa berkongsi juadah istimewa rendang yang dimasak dengan menggunakan daging wagyu permium bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Aliff atau lebih mesra dengan sapaan Opai berkata, daging tersebut dibeli daripada sahabat baiknya sebanyak empat kilogram dengan harga kira-kira RM4,000.
"Allah beri saya rezeki, isteri yang baik ibu bapa saya sihat, anak-anak saya pandai-pandai hari ini makan wagyu.
Opai makan dengan penuh berselera.
"Harga sekilo RM1,600 tapi saya dapat daripada kawan baik dan dia beri 50 peratus disakun. Jadi saya beli 4kg memang murah... dalam RM4,000 lebih," katanya menerusi satu hantaran di TikTok pada Sabtu.
Dalam video tersebut, Opai turut berkongsi detik ketika dia memegang daging berkenaan sebelum memasukkannya ke dalam kuali untuk dimasak.
Menurutnya lagi, dia sendiri yang mencadangkan agar rendang tahun ini dimasak menggunakan daging jenis itu, khususnya bahagian batang pinang (tenderloin).
ARTIKEL BERKAITAN: Opai akhirnya mengaku sudah ada zuriat dengan Fatin Afeefa, anak sudah masuk usia 7 bulan
ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa terkejut muncul cerita sudah bersalin, belum sedia kongsi berita gembira
Pilihan daging tersebut bagi menghasilkan tekstur lebih lembut dan rasa yang mewah.
"Rendang ibu, isteri dan bibik saya buat. Mereka minta saya belikan daging. Saya sarankan untuk guna daging A5 Miyazaki MB11 ataupun MB12.
"Hari ini kita akan gunakan A5 Miyazaki tapi bahagian tenderloin. Dia tak berlemak macam sirlon dan ribeye.
"Untuk tenderloin atau fillet mignon, tekstur ‘mabeling’ macam ini memang sempurna,” jelasnya.
Opai bersama isteri dan anak-anaknya.
Dalam pada itu, Opai turut mengakui keenakan rendang Wagyu itu setelah dimasak sepenuhnya.
Baginya meskipun harga daging tersebut mahal, namun ia cukup istimewa apabila dapat dinikmati bersama keluarga.
"Duit tak boleh beri kebahagian tapi boleh beli wagyu," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube