SEBAGAI seorang yang berpengalaman dalam industri seni, pelakon dan pengarah Liyana Jasmay seronok apabila dapat bekerjasama dengan pendatang baharu dalam karya arahannya.
Liyana, 37, memberitahu set penggambaran drama juga menjadi medan untuk dia berkongsi ilmu supaya dapat melahirkan lebih ramai bakat dalam dunia lakonan.
“Saya suka bekerjasama dengan orang baharu kerana saya dapat mengasah bakat mereka.
Liyana tegas ketika di set penggambaran.
"Kalau mereka berjaya, saya pun tumpang gembira kerana rasa seperti telah berjaya mendidik dengan baik,” katanya kepada mStar.
Walau bagaimanapun Liyana akui ia bukanlah satu cabaran mudah terutama ketika bekerja dengan mereka yang masih kurang pengalaman.
Namun Liyana ada cara tersendiri dalam mendidik dan memberi teguran secara berhemah.
ARTIEKL BERKAITAN: Liyana Jasmay menyesal, banyak istighfar selepas terikut trend menari beri duit raya
ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian ibu bapa banyak ubah Liyana Jasmay, lebih syukuri kehidupan
Menurutnya perlu ada pendekatan berbeza tidak seperti pelakon lama yang sudah berpengalaman membawa watak masing-masing.
"Saya pernah naik hantu di set sampai hampir naik darah tinggi. Kru pun turut bimbang.
"Tapi ini semua adalah sebahagian daripada proses. Kita kena latih dan sentiasa ingatkan mereka, macam seorang ibu yang mendidik anak-anaknya,” ujarnya.
Dia yang kini sibuk menjalani penggambaran siri Viu berjudul Putri & Phrince turut memuji sikap pelakon Badron Munirah dan Farihin Arnia yang sentiasa bersedia sebelum ke set penggambaran.
Bila sampai set mereka sudah bersedia.
LIYANA JASMAY
PELAKON/PENGARAH
Tambahnya, mereka menunjukkan minat dalam lakonan selain rajin bertanya membuatkan dia senang untuk menurunkan segala ilmu lakonan.
"Saya awalnya cuak untuk berkerjasama kerana mereka sangat kelakar di TikTok. Tapi saya tak sangka bila sampai set mereka sudah bersedia, mereka tahu cara bawa watak dengan baik.
"Mereka juga tunjuk minat untuk berlakon bukan hanya ingin menjadi pempengaruh saja," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube