suria

Tak malu mulut senget, Ina Naim anggap anugerah Allah

Ina syukur dengan setiap perkara dalam kehidupannya.

PENYANYI Ina Naim membidas tindakan seorang individu yang memperlekehkan fizikal mulutnya apabila mendakwa kelihatan tidak normal.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, berkata, dia tidak ambil peduli dengan gelaran ‘mulut senget’ yang dilemparkan, tetapi lebih mementingkan penerimaan Allah terhadap setiap amalan baiknya. 

Malah Ina menganggap kelemahan dirinya itu sebagai perkara positif untuk mengelakkan diri daripada sifat sombong.

Ina tak kisah diejek mulut senget.

Ina tak kisah diejek mulut senget.

"Memang mulut saya senget, kenapa ada masalah? Biarlah mulut senget tak mengapa asalkan mulut ini sentiasa berzikir dan ingat Tuhan.

"Mulut saya senget bukan sebab saya pergi cucuk, ini Allah yang bagi, saya cuma harap Allah terima segala amalan-amalan yang baik.

"Kalaulah saya sempurna, kemungkinan saya akan menjadi sombong. Sebab itu Allah jadikan kita ada kelemahan,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ina Naim dedah sebab mahu kahwin, perlu suami untuk bimbing anak-anak... “Saya tak boleh menjanda lama-lama”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua tak setuju Ina Naim kahwin lagi, ingatkan janji mahu jumpa Suhaimi Saad di syurga

Ina berkongsi perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

Bagaimanapun Ina memaafkan individu berkenaan dan menasihatinya untuk tidak menghina ciptaan Allah.

Tambah Ina, sebagai hamba-Nya, adalah lebih baik untuk bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan.

Ina mahu elak daripada wujud sifat sombong dalam diri.

"Saya maafkan dia, tapi saya nak bagi sedikit nasihat kepadanya.

"Terimalah apa yang Allah bagi nanti di sana (syurga), minta lah segala kecantikan.

"Dekat dunia jangan hina orang, bersyukur dengan apa yang Allah bagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain