GAGAL dalam hubungan sebelum ini tidak pernah membuatkan pelakon Muntazar Ghufran merasa serik untuk kembali membuka hati mencari teman pengganti.
Namun kata Muntazar atau Muhammad Muntazar Ghufran, 23, dia enggan terlalu terburu-buru kerana mahu memberi fokus untuk kehidupan sendiri terlebih dahulu.
Malah tiada istilah 'belum move on' apabila dia kisah dia dengan bekas tunang iaitu aktres Saidah Kamarudin masih menjadi bualan.
Muntazar fokus kepada perniagaan sendiri.
"Saya memang sudah lama move on pun, cuma bila cerita-cerita seperti ini timbul mungkin ramai sangka saya tak move on.
"Ada saja perempuan-perempuan yang ingin mendekat tapi buat masa ini saya nak fokus kepada kehidupan saya dulu.
"Saya pun terbuka saja sekiranya mereka ajak berkenalan kerana bagi saya tak salah pun untuk berkawan. Tapi untuk ke arah serius buat masa ini belum lagi," katanya kepada mStar.
Tambah Muntazar dia kini sibuk dengan perniagaan jenama pakaian yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN: Muntazar Ghufran tepis sindiran tak layak jadi suami, ada ratusan ribu dalam bank
ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan godam akaun TikTok bekas tunang fitnah, Muntazar Ghufran dedah punca putus dengan Saidah
Dalam masa sama dia juga tidak mahu mengambil kesempatan atas kontroversi yang berlaku untuk terus namanya dikenali.
"Sekarang ini saya pun sedang uruskan pakaian saya sendiri, yang penting modal lebih daripada RM500.
"Tapi saya bukan gunakan isu ini untuk dikenali. Saya nak menjaga nama baik. Lagipun saya sudah terkenal dengan pelbagai drama," luahnya.
Bercakap lanjut, dia juga gembira kini menjalani kehidupan lebih tenang dan meluahkan rasa syukur atas sokongan keluarga.
Malas nak fikir perkara yang sudah lepas.
MUNTAZAR GHUFRAN
PELAKON
Muntazar juga menerima banyak tawaran kerja yang membuatkan dia tidak lagi mengingati kisah lama.
"Sekarang ini macam kehidupan baharu untuk saya. Malas nak fikir perkara yang sudah lepas. Hidup saya pun lebih tenang dan gembira dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
"Yang penting buat masa ini memang job tak putus-putus masuk. Rezeki pun makin lebih baik," kongsinya.
Sebelum ini, ketika ditemubual mStar, pelakon Saidah Kamarudin mendakwa bekas tunangnya iaitu Muntazar Ghufran hanya mempunyai RM500 di dalam bank sekali gus menganggap aktor berkenaan tidak layak untuk berkahwin.
Muntazar bukan ambil kesempatan terhadap kontroversi.
Bagaimanapun, Muntazar menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia menyimpan wang dalam bentuk pelaburan.
Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Namun pada Mac lalu, pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube