suria

Afifah Nasir bakal timang anak lelaki, syukur doa dimakbulkan

Afifah (kanan) bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata lelaki.

PELAKON Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki. 

Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, berkata dia dan suami iaitu Syed Hariz sudah lama mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki. 

Katanya, dia dan suami tidak menyangka apabila doa dipanjat mereka dimakbulkan Allah SWT. 

Sekitar majlis pengumuman jantina atau ‘gender reveal’ bayi Afifah.

"Subhanallah, sangat indah dan menyentuh hati bila difikirkan. Memang menakjubkan bagaimana Allah mendengar walaupun hanya bisikan dalam hati. 

"Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan," katanya.

Afifah berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap setahun berkahwin, Afifah Nasir umum hamil anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Afifah Nasir lebih suka ‘western food’, seminggu sekali baru makan sajian Melayu

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Afifah berkongsi video sekitar majlis pengumuman jantina atau ‘gender reveal’ untuk anak pertamanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Afifah bersyukur apabila perjalanan hidupnya bersama suami berjalan lancar.

Katanya, sebelum ini mereka hanya fokus kepada kehidupan berdua namun kini teruja menyambut bayi lelaki yang bakal lahir.

"Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja, dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025.

"Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung.

Afifah memaklumkan hamil anak pertama pada Mei lalu.

“Semoga Allah terus limpahkan rahmat dan keberkatan kepada keluarga kami, sentiasa melindungi anak kecil kami, dan jadikan dia anak yang soleh serta penyejuk mata. Aamiin," ujarnya.

Pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia