PELAKON Raja Ema sudah memaafkan bekas suaminya, Allahyarham Sheqal yang menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.
Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 56, berkata, dia bersama dua anaknya iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah turut mengikhlaskan setiap perkara yang berlaku diantara mereka.
"Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.
Raja Ema besarkan anak sendiri selepas berpisah.
"Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan para solohin," katanya.
Raja Ema berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada petang Selasa.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapat kenyataan lanjut daripada Raja Ema tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Raja Ema tak dapat ziarah arwah bapa, masih tunggu panggilan keluarga Sheqal
ARTIKEL BERKAITAN: Sheqal meninggal dunia
Sebelum ini, Raja Ema memaklumkan dia tidak pernah menghalang anak-anaknya melawat Allahyarham Sheqal yang menerima rawatan di Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban sejak 4 Jun lalu.
Katanya dia juga sudah berbincang dengan adik lelakinya untuk menghantar anak-anak sekiranya mendapat panggilan daripada keluarga bekas suaminya itu.
Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, meninggal dunia dalam tidur di hospital pada pukul 12.31 tengah hari Selasa.
Sheqal meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Pemergiannya disahkan isteri, Normah Mohd Yusoff, 58.
Sheqal dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun dan ditidurkan pada 6 Jun lalu.
Untuk rekod, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Pasangan ini bercerai pada 1999.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube