suria

Sudah anggap darah daging sendiri, Arrora Salwa sebak lihat anak tiri jalani pembedahan tulang belakang

Arrora tak sanggup lihat kesakitan dilalui anaknya.

SIKAP prihatin penyanyi Arrora Salwa ketika menjaga anak tirinya yang baharu sahaja selamat menjalani pembedahan tulang belakang pada 11 Jun lalu meraih perhatian ramai.

Salwa, 39, berkata walaupun dia sekadar ibu tiri namun naluri keibuannya dapat merasai kesakitan dan semangat juang yang sedang dilalui anak tirinya itu.

Jelasnya, anak keduanya iaitu Ahmed Esan Ahmed Mahfuz, 15, itu mula disahkan menghidap penyakit scoliosis sejak 2023 namun mengalami perubahan tulang belakang yang ketara pada tahun ini.

Arrora sentiasa setia memberi semangat kepada anaknya.

"Saya tak pernah anggap dia macam anak tiri. Tak tahu macam mana runtuh hati ini apabila dia terpaksa menjalani pembedahan untuk sihat macam orang lain.

"Saya gembira dan terharu sebenarnya melihat perkembangan positif dia sebab beberapa hari lepas dia terbaring saja di katil," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi mengenai keadaan anaknya, Salwa berkata dia bersyukur apabila mereka sekeluarga mengambil langkah segera selepas mengetahui tulang belakang anaknya itu sudah membengkok sebanyak 67 darjah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi macam ‘kenduri kahwin’, Arrora Salwa bangga berjaya bawa vibes lagu lama

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat kosmetik cuba ‘gula-gulakan’ Arrora Salwa, minta jadi duta tapi banyak syarat tak masuk akal

Kongsi Salwa, dia menyedari cara jalan dan postur badan anaknya itu mula berubah sejak awal tahun ini sebelum berbincang dengan suami tentang rawatan yang perlu diambil.

"Dia pendiam sebenarnya, saya pula jenis memerhati. Bila berjalan dengan suami saya akan suruh dia jalan depan. 

"Saya perasan cara jalannya dan postur badan dia lain, jadi saya suruh dia tunduk ke depan dan nampak perubahan tulang belakang dia.

"Sebelum ini memang tak ada senget, tahun ini baru nampak bengkok," kongsinya.

Saya ini tegas orangnya, saya beri pilihan kepada dia.

ARRORA SALWA

PENYANYI

Bimbang dengan masa depan anaknya itu, Salwa memberitahu, dia memberi kata dua agar Esan dapat membuat keputusan mengenai masa depannya.

Katanya, sebagai ibu dia sentiasa memberi semangat dari awal anaknya itu membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.

"Saya ini tegas orangnya, saya beri pilihan untuk dia beri jawapan kepada saya selepas tiga hari membuat keputusan. 

Arrora jaga tiga anak tiri seperti anak sendiri.

"Selepas saya dan doktor jelaskan. akhirnya dia sendiri yang buat keputusan itu tanpa paksaan. 

"Lagipun pada usia sekarang sangat sesuai kerana tulangnya masih fleksibel," ujarnya.

Sebelum ini, Salwa kerap berkongsi rutin harian menjaga anaknya itu di sebuah pusat perubatan sehingga mendapat perhatian pengikutnya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain