BERGELAR seorang ibu, banyak perkara yang menjadi kebimbangan buat pelakon Datin Intan Najuwa dalam soal penjagaan anak.
Salah satunya adalah membawa anaknya, Imane Lunara untuk berjalan menaiki kenderaan tidak kira pengangkutan darat atau udara.
Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, pelbagai faktor yang mengundang kepada perasaan sebegitu.
Intan ada sebab tersendiri bimbang bawa anak naik kenderaan.
"Anxiety saya nak travel dengan anak semakin tinggi. Baik naik kereta atau kapal terbang, semuanya saya paranoid melampau.
"Risau macam-macam benda," katanya.
Intan menulis perkara tersebut di laman Thread miliknya pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu isteri fokus jaga diri, suami Intan Najuwa sediakan tiga pengasuh urus anak
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berjauhan, Intan Najuwa bidas dituduh tak ’bonding’ dengan anak
Tambah pelakon ini, suaminya juga banyak memberi nasihat untuk lebih bertenang apabila berdepan situasi sebegitu.
Malah dia tidak menolak perasaan itu datang disebabkan kerana terlalu berfikir.
"Suami suruh tenang sedikit. Beginilah jadi mak.
Suami banyak nasihat supaya Intan bertenang.
"Mungkin saya patut bertenang dan menikmati perjalanan dengan tidak terlalu berfikir banyak perkara," ujarnya.
Intan juga sebelum ini pernah meluahkan perkara sama apabila dia memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur kerana tidak mahu anaknya berasa tidak selesa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube