PELAKON Saidah Kamarudin tampil menjelaskan kedudukan sebenar selepas menerima pelbagai tuduhan negatif susulan putus tunang dengan aktor Muntazar Ghufran.
Enggan terus berdiam, Saidah, 29, tampil membuat penjelasan apabila ada yang menuduh dirinya sebagai 'kaki kikis' ketika mereka masih menjalinkan hubungan.
Menafikan tuduhan itu, dia juga menjelaskan banyak mengeluarkan duit belanja dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap Muntazar.
"Saya ada bukti saya bayar. Dia yang sukarela nak teman, bukan dipaksa. Nama pun bercinta ketika itu.
Perkongsian Saidah di Threads.
"Dia sendiri mengaku habis duit sebab rugi trading, bukan sebab saya. Adakah saya masih pergunakan dia?
"Kenapa saya dilabelkan gold digger sedangkan tiada apa untuk dikikis," katanya.
Saidah menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya.
Dalam hantaran yang dibuat itu, dia berhasrat untuk mendedahkan banyak perkara lantaran terlalu penat dengan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin buat laporan polis, dakwa TikTok digodam bekas tunang
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin menyesal kenal Muntazar Ghufran, bekas tunang tak ada duit belum layak kahwin
Membalas beberapa komen di platform berkenaan, Saidah juga memberitahu isu yang telah berlaku memberi kesan kepadanya.
"Saya terkesan dengan komen sebab semua benda itu tak betul. Selepas membaca komen di sini, saya rasa tak berbaloi untuk ambil kisah apa orang cakap," ujarnya.
Sementara itu, dia juga mendedahkan pernah diberi nasihat agar tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Muntazar.
Pelakon itu juga mengambil pendekatan setiap yang telah berlaku sebagai satu pengajaran buat dirinya untuk kembali bangkit dan meneruskan kehidupan.
Hubungan Saidah dan Muntazar tidak bertahan lama.
"Ramai dah beri amaran dari dulu, tapi saya tidak percaya. Akhir sekali terkena batang hidung sendiri.
"Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Saya tutup fasa ini dan teruskan hidup," luahnya.
Untuk rekod Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei tahun lalu.
Namun pada Mac lalu mereke mengumumkan sudah membawa haluan masing-masing sejak Oktober 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube