suria

Video lama tular semula, ramai baru sedar bakat Rizal Rasid

Rizal merupakan pemenang tempat ketiga Big Stage Alpha.

SELEPAS tamat program realiti Big Stage Alpha (BSA), muncul semula video persembahan peserta Rizal Rasid yang pernah membuat persembahan di Korea Selatan pada tahun lalu. 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen mula terpukau dengan kelunakan suara penyanyi berkenaan menyanyikan lagu sendiri berjudul Cukup.

"Sumpahlah ini lagu Rizal? Baru tahu, lagu ni memang saya dengar setiap hari. 

"Rizal ketika dalam Big Stage dan selepas pertandingan auranya memang lain macam. 

Persembahan Rizal di Korea sebelum ini kembali tular di media sosial.

"Pertama kali dengar lagu ni, sedap juga suara dia (Rizal)," tulis netizen.

Malah lebih menarik perhatian apabila Rizal turut mengubah beberapa rangkap lagu menggunakan bahasa Korea.

Ramai yang terpegun dengan kebolehan penyanyi berkenaan menyampaikan lagu dalam bahasa tersebut secara baik. 

"Sebutan bahasa Korea Rizal memang sedap didengar. Masuk bahagian Korea tu meremang bulu roma. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Big Stage Alpha tuai pujian peminat Filipina lepas nyanyi lagu Gento

ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol juara Big Stage Alpha, 7 finalis jadi ‘boy group’ baharu... Bakal tampil di konsert Hael Husaini

"Suara dia (Rizal) lemak-lemak gitu, sedap betul telinga dengar. 

"Suka sangat dengar lagu dia, lebih-lebih lagi dalam versi Korea," tambah netizen.

Ketika ditemui mStar sebelum ini, Rizal memberitahu dia mewakili negara Brunei dalam acara Festival Muzik Asean yang diadakan di Busan, Korea Selatan pada tahun lalu. 

Kongsinya, peluang diterima itu merupakan satu pengalaman baharu untuknya menceburkan diri dalam industri muzik K-pop.

Netizen mula terpukau dengan kelunakan suara dimiliki Rizal.

"Sebelum ini saya pernah buat persembahan di Korea menyanyikan lagu sendiri. Malah ada juga lagu-lagu nyanyian saya yang dialih ke bahasa Korea. 

"Saya rasa itu merupakan peluang pertama saya masuk ke industri muzik Korea. Tahun lalu saya mewakili negara untuk sebuah festival muzik," katanya. 

Untuk info, Rizal merupakan pemenang tempat ketiga Big Stage Alpha yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam, Selangor pada 15 Jun lalu. 

Rizal merupakan penyanyi berasal dari Brunei yang sebelum ini turut pernah berkhidmat sebagai pramugara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain