suria

Nam Ron hadapi masalah gemuruh pentas, kurang selesa berdepan dengan penonton

Nam Ron kurang selesa berlakon di depan khalayak ramai.

PELAKON Nam Ron hampir menolak tawaran untuk berlakon dalam teater Persiapan Seorang Aktor kerana mempunyai ketakutan ketika berada di atas pentas (stage fright). 

Nam Ron atau Shahili Abdan, 55, berkata ketika dihubungi pengarah Syahrul Musa untuk menawarkan peluang berlakon teater, dia tidak mampu memberikan jawapan kerana memikirkan trauma yang dihadapinya. 

"Saya sebenarnya tidak suka berada di atas pentas, lebih-lebih lagi bila orang tengok saya. 

"Keadaan itu buat saya rasa tidak selesa. Saya tak suka menjadi perhatian penonton," katanya kepada mStar. 

Nam Ron berasa gemuruh apabila berlakon di hadapan penonton.

Nam Ron berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara minum petang Teater Persiapan Seorang Aktor yang diadakan di Sudu House, Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Dalam pada itu, Nam Ron memberitahu dia pernah berdepan pengalaman diserang perasaan gugup ketika membuat persembahan pentas sebuah teater satu ketika dulu. 

Kata Nam Ron, situasi itu membuatkan dirinya tidak begitu berminat untuk berlakon teater. 

"Bila dapat tawaran berlakon teater ini, saya jadi takut. Saya tak suka perasaan gugup untuk beraksi di pentas. Rasa senak perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto tak berbaju, Namron sindir stesen TV ambil pelakon 1 juta ‘follower’ - “Saya nak kerja dengan yang berbakat... bukan sekadar popular!”

ARTIKEL BERKAITAN: Dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa, Namron sesal didik anak-anak dengan rotan  

"Saya tidak boleh terganggu. Pernah sekali saya berlakon teater menjadi seorang ustaz. 

"Apabila saya nampak penonton di hadapan, saya boleh lupa doa yang perlu dibacakan. Saya terus keluar dari pentas itu," ujarnya. 

Nam Ron bagaimanapun memberitahu dia mengubah fikiran untuk menyahut cabaran membintangi teater arahan Syahrul ini selepas mengambil keputusan untuk mencuba satu perkara berbeza. 

Saya sebenarnya tidak suka berada di atas pentas, lebih-lebih lagi bila orang tengok saya. 

NAM RON

PELAKON

Tambahnya, dia sudah jemu apabila kerap kali diberikan watak sama sehingga tidak lagi berasa puas dalam berkarya. 

"Dalam dunia lakonan ini saya rasa dah sampai tahap tepu, asyik buat perkara yang sama (berlakon). 

"Sampai hilang keseronokan dan sekadar mahu melunaskan kerja dan terima bayaran. 

Tiket teater Persiapan Seorang Aktor kini sudah mula dijual.

"Lagi pun watak yang saya terima tidak mencabar sebagai seorang pelakon, jadi disebabkan itu saya bersetuju menerima tawaran berlakon teater ini," katanya. 

Nam Ron bakal muncul dalam pementasan teater Persiapan Seorang Aktor yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 Julai ini di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). 

Selain Nam Ron, teater ini turut dibintangi dua pelakon lain iaitu Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin. 

Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM58 hingga RM98. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain