suria

Yana Samsudin masuk hospital, suami mohon doa buat isteri dan bayi dalam kandungan

Fadzil kongsi keadaan Yana terbaring di katil hospital.

PELAKON Yana Samsuddin terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor selepas mengalami demam panas.

Menurut suaminya, iaitu Fadzil Zahari, 41, isterinya itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas berada dalam keadaan lemah. 

"Dia demam panas, mula-mula anak saya demam. Sudah dua hari juga dia tidak sihat badan. Tiba-tiba badan jadi panas, sakit badan dan sendi. Sehari juga terbaring.

Suami kongsi keadaan Yana.

"Dia masuk hospital Rabu lalu, Alhamdulillah keadaan dia semakin baik berbanding hari pertama terima rawatan di hospital," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Fadzil tidak menolak isterinya itu mengalami demam disebabkan berjangkit dengan anak ketiganya.

Tambah Fadzil, dia juga percaya Yana mengalami keletihan kerana sedang berbadan dua dan penat menjaga anak tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian miliki keluarga besar hampir terlaksana, Yana Samsudin hamil anak keempat

ARTIKEL BERKAITAN: Bau hanyir ketika menyusu dalam gelap, Yana Samsudin kongsi detik cemas leher anak berdarah

"Nampak macam berjangkit daripada anak, tapi tidak tahulah sebab anaknya demam sudah okay sekarang ini.

"Nak kata berjangkit dengan orang lain pun tak pasti, sebab dia hanya duduk di rumah jaga anak. Tak pergi mana pun. 

"Mungkin nak suruh rehat, sebab dia pun sedang berbadan dua. Dengan penat jaga anak-anak tidak sihat," katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga berharap orang ramai mendoakan kesembuhan Yana dan anak dalam kandungannya.

Yana dijangka bersalin anak keempat Oktober depan.

Dalam masa sama, Fadzil memohon maaf kerana terpaksa menunda beberapa kerja buat sementara waktu sehingga isterinya sembuh.

"Doakan isteri dan bayi dalam kandungan sihat. Saya mohon maaf bagi pihaknya sebab ada kerja penggambaran dan siaran langsung yang terpaksa ditunda," ujarnya.

Untuk rekod, Yana atau Norliana binti Samsudin dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain