USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bengang terhadap dua pembantu peribadinya apabila didakwa datang lambat ke tempat kerja.
Sikap tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan dia kehilangan jualan sekitar RM30,000 kerana tidak dapat membuat sesi siaran langsung di TikTok seperti ditetapkan pada pagi Jumaat.
Aliff sentiasa buat sesi live pada awal pagi.
“Mana saya tak marah, orang tengah tunggu dan jumlah tontonan saya waktu pagi pula tinggi.
"Jualan saya paling sikit waktu pagi adalah RM30,000, tapi mereka boleh buat tak tahu sahaja," ujarnya.
Jelas Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, walaupun pada cuti umum, kedua-dua pekerja itu tetap perlu hadir bekerja seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluar rumah sehelai sepinggang, isteri minta Aliff Syukri jujur kalau curang… Wasiat harta nama sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Ketiadaan ‘Bik Tudung’ dalam live jadi tanda tanya, rupanya pembantu rumah Aliff Syukri sudah pulang ke Indonesia
"Kenapa saya marah? Saya ada tiga pembantu peribadi. Seorang pembantu selalu bangun 8.30 pagi tapi saya okay sebab dia buat kerja lain.
"Hari ini saya tak beritahu pun saya cuti, tapi dua pekerja lagi itu boleh buat saya menunggu sampai 8.30 pagi hingga lewat nak mula berniaga.
“Saya ni paling lewat nak buat ‘live’ selalu pukul 7 pagi. Walaupun Awal Muharam pekerja saya tetap bekerja, tapi kali ini 8.30 pagi baru nak ketuk pintu, tiada otak ke?," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube