PENYANYI Azharina Azhar menjelaskan perkenalannya dengan pakar motivasi, Dr Hisham Dzakiria hanya atas urusan profesional dan tidak melibatkan sebarang ikatan percintaan.
Menurut Azharina, 38, meskipun ada pihak yang mengaitkan namanya dengan lelaki terbabit, fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya dan keluarga.
“Saya masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa.
Hubungan Azharina dengan Dr Hisham profesional dan tidak melibatkan sebarang ikatan percintaan.
“Kalau orang nak kaitkan saya dengan mana-mana individu, itu hak masing-masing. Buat masa ini soal cinta bukan keutamaan saya.
“Ramai orang baik dengan saya, termasuk Dr Hisham atau lebih dikenali Dr Healing yang banyak membantu dari sudut kesihatan, tapi hubungan kami profesional,” katanya kepada mStar.
Azharina brkata, lelaki terbabit menjadi antara orang penting dalam perjalanan pemulihan untuk dia kembali membina semula kekuatan jiwa.
ARTIKEL BERKAITAN: Azharina terima anugerah negeri Sabah, usaha dan air mata terasa dihargai
ARTIKEL BERKAITAN: Azharina lapor polis dakwa difitnah
"Di mata ramai, saya sentiasa senyum dan menyanyi penuh tenaga, tapi sebenarnya saya simpan luka lama yang belum sembuh.
"Waktu kali pertama bertemu dengan Dr Hisham, saya menangis tanpa saya sedar. Rasanya seperti sedang memikul satu beban berat dalam jiwa. Itu pengalaman yang saya tak pernah lalui sebelum ini,"katanya.
Menyentuh mengenai keperibadian Dr Healing, Azharina berkata, jurulatih motivasi itu memiliki pendekatan berasaskan kasih sayang dan empati dalam merawat jiwa seseorang yang terluka.
Azharina bersyukur Dr Hisham berjaya pulihkan emosinya menjadi lebih baik.
"Saya tak malu mengaku yang saya perlukan tempoh 'healing'. Saya bersyukur ditemukan dengan Dr Hisham.
"Satu hal yang saya kagum dengan Dr Hisham adalah dia memahami saya tanpa perlu saya menjelaskan terlalu mendalam. Dia tahu bila nak dengar, bila nak menenangkan dan bila masa yang sesuai untuk beri kekuatan," katanya.
Sekadar info Dr Hisham memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pembelajaran Sepanjang Hayat dari United Kingdom dan akitf melakukan program transformasi diri yang mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.
Azharina pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005 kemudian bercerai pada 2008.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube