PELAKON Zahirah Macwilson memberi semangat kepada bapanya iaitu aktor Zainol Mohd Johari Macwilson yang memilih kerjaya sebagai hos di acara keraian termasuk majlis perkahwinan.
Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 30, berkata, dia berharap agar bapanya dihujani pelbagai tawaran dan dimurahkan rezeki dalam bidang tersebut.
"Semoga papa (panggilan Zainol) berjaya sebagai hos acara perkahwinan malam ini (Sabtu).
Zahirah (kanan) memberi semangat kepada Zainolyang memilih kerjaya sebagai hos.
"Semoga dipermudahkan dan murah rezeki agar dapat lebih banyak peluang. Sudah tiba masanya," katanya.
Zahirah berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instastory yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menyokong kerjaya baharu Zainol, Zahirah turut mengambil peluang mempromosikan khidmat pengacaraan yang dilakukan bapanya itu termasuk untuk acara korporat dan majlis rasmi.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak perempuan alami ekzema dan alergi protein lembu, Zahirah Macwilson kembali beri susu badan
ARTIKEL BERKAITAN:Zainol Macwilson tak sabar jumpa cucu, pesan Zahirah dan Aiman waspada manusia toksik
"Jika anda memerlukan hos untuk majlis perkahwinan, acara rasmi dan korporat serta sebagainya boleh hubungi nombor tertera," ujarnya.
Untuk rekod, Zahirah merupakan anak sulung hasil perkahwinan di antara Zainol bersama Maslinda Yusof.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada November 2016.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube