suria

Barbarik terima sambutan luar biasa, 2,700 peminat gegarkan Zepp KL

Barbarik teruja menghiburkan 2,700 peminat di Zepp KL. Foto Ihsan ARMZ PHOTODESIGN OFFICIAL PHOTOGRAPHER

PERSEMBAHAN kumpulan Barbarik berjaya memukau 2,700 peminat pada Konsert Pentas Peluru Cokelat yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Menurut gitaris kumpulan Barbarik iaitu Jo Branko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 56, dia terkejut melihat sokongan luar biasa peminat.

Kata Jo, mereka terpaksa menunda 15 minit sebelum memulakan persembahan gara-gara masih ada penonton yang belum masuk ke dewan.

"Kami terkejut kerana dalam keadaan sekarang masih ramai yang memberikan sokongan untuk konsert rock.

Jo bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada peminat.

"Konsert malam tadi juga terpaksa ditunda selama 15 minit. Sepatutnya kami mula buat persembahan pada pukul 8.45 malam tetapi terpaksa lewatkan sedikit sebab ada penonton masih beratur nak masuk ke dalam dewan.

"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan perjalanan konsert malam ini (Sabtu). Semua berjalan seperti apa yang kami rancang. Peminat gembira dan kami pun seronok," katanya kepada mStar.

Jo berkongsi perkara itu menerusi sesi sidang media yang dilakukan usai Konsert Pentas Peluru Cokelat pada malam Sabtu.

Mempersembahkan 21 buah lagu dengan durasi konsert selama tiga jam, Jo berkata dia dan anggota lain mendapat tenaga luar biasa selepas melihat sorakan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN:Konsert Pentas Peluru Cokelat laris, Barbarik janji persembahan penuh tenaga dan berbaloi

ARTIKEL BERKAITAN:Barbarik buat konsert bukan sebab duit, tiada perancangan tambah hari kedua

Malah Barbarik turut menambah sebuah lagi lagu berjudul Keris Tak Bersarung sebelum acara berakhir.

"’Vibes’ daripada penonton membuatkan kami sentiasa bertenaga di atas pentas. Kalau peminat tak ada memang kami pun rasa penat.

"Tapi disebabkan semangat peminat yang luar biasa buat kami tak rasa penat. Segala tenaga yang kami dapat semua datang daripada penonton.

Mus mempersembahan vokal terbaik sepanjang tiga jam persembahan.

"Disebabkan sokongan peminat juga kami menambah sebuah lagi lagu pada malam konsert ini. Memang tak rancang langsung tetapi Alhamdulillah semua anggota kumpulan kami sentiasa bersedia," ujarnya.

Dalam pada itu, vokalis Barbarik iaitu Mus atau Mustaffa Din, 57, turut meluahkan rasa syukur apabila segala perancangan berjalan lancar.

Tambah Mus, dia ingin mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap Barbarik.

"Terima kasih kepada semua peminat yang datang memberikan sokongan. Alhamdulillah apa yang kami rancang berjalan lancar tetapi kami dapat beri lebih.

Babarik berpuas hati dengan persembahan di Konsert Pentas Peluru Cokelat.

"Ada juga kejutan yang kami rancang menjadi, syukur. Mungkin ada beberapa masalah teknikal tetapi bagi saya ia perkara biasa," katanya.

Barbarik menyampaikan rangkaian lagu-lagu hit termasuk Nasib Baik, On My Side, Marcapada, Pelurut Cokelat dan Kasmaran Selamanya.

Turut mencuri perhatian adalah segmen retrostika yang menampilkan lagu-lagu seperti Sketsa Sebuah Cinta, Potret Monalisa, Cintamu Mekar Dihati dan Taman Rashidah Utama.

Istimewanya segmen restrostika ini diserikan oleh petikan gitaris jemputan termasuk Shah Slam, Muzza dan Ujang Tukimon bersama susunan string.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain