suria

Abby Abadi tuntut bela bayaran semula daripada syarikat tekstil, dakwa menipu perniagaan tudung Marissa

Abby (kiri) menuntut bela bagi pihak perusahaan tudung milik Marissa.

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi hilang sabar apabila sebuah syarikat tekstil didakwa gagal menyiapkan tempahan tudung bagi perniagaan anak perempuannya, Marrisa Dania Hakim mengikut tempoh yang ditetapkan.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, sebelum ini pihaknya dimaklumkan proses menyiapkan tempahan itu dilakukan selama dua minggu namun selepas dua bulan hasil produk yang dijanjikan itu masih tiada. 

Kata Abby, syarikat tekstil tersebut mahu membayar semula wang deposit yang dibuat sebanyak RM9,900 tetapi pelbagai alasan diterima. 

"Saya akan padam hantaran ini bila dah selesai, hilang sabar sebab banyak sangat alasan. 

Abby hilang sabar apabila tempahan tudung dibuat tidak diterima.

"Saya perlu dapatkan bayaran balik dari sebuah syarikat tekstil sebab pesanan tudung saya dekat dua bulan tak siap-siap dengan pelbagai alasan. 

"Konon kata bayar penuh dua minggu siap, ini nak dekat dua bulan dah. Lepas itu bila kita bising dia kata nak bagi bayaran balik, suruh kita pula tunggu sampai 15 hari... Saya tak boleh tunggu dah," katanya. 

Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abby Abadi tak nak campur hal rumah tangga Marissa dan Aslam, tengok sahaja apa jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Abby Abadi mahu selesai kemelut keluarga secara peribadi bukan di media sosial

Menerusi butiran lanjut yang turut dikongsi, pelakon drama Gerak Khas ini dipercayai menuntut bela untuk perniagaan tudung yang diusahakan oleh anak perempuannya iaitu Marissa Dania. 

Abby bagaimanapun memberitahu dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya masih tiada tindakan lanjut dibuat. 

"Dengan anak saya pihak awak (wakil syarikat) beri surat, proses refund 40 hari? Dengan saya kata kena tunggu 15 hari? 

"Mana satu ni? Tak mengapalah saya tunggu akaun kena beku ya. Kita minta campur tangan polis," ujarnya. 

Perkongsian Abby di laman Threads. 

Sementara itu, Abby mendakwa syarikat tekstil tersebut mempunyai rekod buruk yang juga pernah menipu pelanggan lain sebelum ini. 

Kongsi Abby, dia tidak akan berdiam diri dan mahu mendapatkan haknya semula. 

"Rupanya sudah ramai orang yang kena (tipu). Syarikat ini dari 2021 dah banyak kes rupanya. Kali ini memang kena, rasa macam tempat sama saya pernah kena sebelum ini. 

"Salah orang kali ni, memang saya akan lawan sampai dapat. Saya nak dia refund duit saya apa cara sekali pun," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain